Umum sedia maklum mengenai kes khalwat yang melibatkan pelakon Shahrizal Jaszle dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu.
Mereka berdua telah ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang.
Artikel Berkaitan:
Terkini, memetik laporan mStar Online, rayuan yang telah dikemukakan menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 itu bagaimanapun telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daereh Petaling Jaya hari ini.
Farah dituduh berkhalwat dengan Shahrizal Jaszle di Apartmen Taman Sri Subang
Selain itu, Pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal juga akan mengemukakan seramai sembilan orang saksi untuk kes tersebut selepas menjawab secara bertulis bagi menolak permohonan tertuduh pada 9 Januari lalu.
Oleh itu, mahkamah mengarahkan agar kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 8 April 2014.
Shahrizal Jaszle mahu membersihkan namanya di perbicaraan tersebut kelak
“Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini.”
Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin memberitahu bahawa dia tetap akan membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.