Sejak kebelakangan ini isu mengenai vaksin dan imunisasi sering menjadi perbualan netizen di media sosial terutama oleh ibu bapa. Penerangan demi penerangan dibincangkan oleh mereka yang bertauliah bagi mendidik ibu bapa agar lebih peka tentang isu vaksin ini.
Moga perkongsian bermanfaat wanita ini tentang kehilangan anak sulungnya kerana terkena jangkitan kuman dalam paru-paru iaitu pneumococcos memberi manfaat kepada kita.
Doktor sahkan jangkitan kuman dalam paru-paru
Gambar terakhir arwah muhammad iman qayyum. Kalau admin nak padam atau nak block saya pon boleh..
Anak saya complete jab dari masa lahir sampai umur dia 1tahun 3bulan.. anak saya mmg takde masalah masa lahir.. normal birth dan sihat..
Masa kawan2 suggest saya jab additional vaccine pneumonia sy selalu rase rugi duit dan juga tak penting..sbb anak saya sihat je.. sampai lah satu tahap masa masuk hospital berkali2 dan doctor pakar sahkan yg anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru2 iaitu pneumococcos…. dan dia diserang ADENOVIRUS..
semua pon tak pernah dgr kan kes ADENOVIRUS? yg pernah membunuh anak saya ni…Allah swt dah kata KUN FAYA KUN.. cucuk la mcmne pon kalau da nyawa sampai situ je kite tade hak mintak tangguh walau sesaat..
Perbezaan bila demam & selsema
Tapi bkn tu yg saya nak cerita kan.. setelah arwah iman qayyum meninggal saya pregnant lagi anak no 2. Bila lahir je baby no dua..saya tekad utk bagi ckup 4dos pneumococcal vaccine..
Banyak juga klinik dan hospital saya call.. tak semua klinik ada dan saya pilih KLINIK PAKAR KANAK-KANAK CHAN di puchong jaya.. Allhamdulillah semua 4dos complete..
Saya mula nampak PERBEZAAN antara Arwah qayyum dan adiknya qayyim..paling ketara bila demam dan selsema.. mmg saya buat semua amalan sunnah.. beri air yg dibaca doa penyembuh penyakit.. as syiffa dicampur madu..
Saya taknak siram….
Tetapi.. beza antara dah complete pneumococcal vaccine dgn arwah qayyum yg takde vaccine sgt2 jauh beza…
CONTOH
bila iyadh qayyim demam..takpernah pun amik masa sampai 3hari.. begitu juga selsema dan batuk.. takde dah dengar batuk yg sampai bunyi paru2 dia.. bila ada antara sepupu dia yg batuk pun sgt2 susah dia berjangkit… antibodi dia melawan dgn kuat..
benarlah apa yg org kata mencegah lebih baik dari mengubati..Kalau ada antara ibubapa nak kata saya ni poyo sb bangga vacc anak saya.. lantak lah.. saya taknak siram dan tabur bunga lagi utk kali kedua kat kubur anak2.. biar lah saya berhabis duit bayar duit jab dan takaful..saya mahu yg terbaik utk satu2nya anak lelaki saya yg masih HIDUP.
Lagi satu doc pakar kanak-kanak yg saya refer tu sgt2 bertauliah..doc eddie chan akan terangkan kandunggan dalam vaccine dan kelebihannya.. ada yg tak halal juga dijual dimalaysia,tp alhamdulillah doctor berbangsa cina tu faham akan halal dan haram.dia yg suggest semua yg terbaik utk baby saya sejak kecik lagi.. saya pon bukan membuta tuli jab anak.. sy pun kaki GOOGLE juga.. tapi tak mudah terpedaya dgn agenda tak baik…
Untuk info, vaksin pneumococcal ini merupakan vaksin tambahan yang tidak termasuk dalam national immunization program namun disarankan ambil jika berkemampuan dan tiada paksaan. Berikut info yang lebih tepat perkongsian saudara Anis Mohamed Ali.
Q&A tentang vaksin ini
- Vaksin ini termasuk dalam standard schedule oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? TIDAK, ini vaksin tambahan yang disarankan
- Disarankan umur berapa ambil? Seawal 2 bulan untuk dose yang pertama
- Adakah anak yang dah berumur 5-6 tahun boleh ambik vaksin ini? Nak ambil vaksin tiada halangan. secara am, individu berusia 5 tahun ke atas sudah dapat exposure kepada pelbagai jangkitan lantas memiliki imuniti terhadap jangkitan tersebut jika mereka tiada masalah kesihatan. sebab itu lebih digalakkan pada yang berumur 2tahun dan ke bawah serta 65 tahun dan ke atas melainkan individu mempunyai keadaan atau penyakit yang melemahkan imuniti badan.
- Anak sy ambil cuma 1 dos dalam 250 sebelum usia 2 tahun. Mencukupi ke untuk dia? Berdasarkan clinical trials, 2 tahun ke bawah dos yang sepatutnya 4 dos utk pcv13 dan 3 dos untuk pcv10. Harus dipertimbangkan juga umur anak dan faktor risiko yang anak puan ada. jika ada keperluan, mungkin perlu diberi catch up dose atau booster.
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap ketahanan tubuh badan yang berbeza. Ada yang membesar sihat tanpa vaksin tambahan ini dan ada yang sebaliknya. Apa-apa pun kita cuma merancang namun Allah jua yang menentukan. Takziah buat keluarga puan Nene Anne.
Sumber : Nene Anne, Anis Mohamed Ali