Soal makan bagi kami memang tiada kompromi. Di mana makanan paling sedap dan terbaik ada maka itu lah destinasi kami yang seterusnya.
Jika sebelum ini viral makanan seafood dihidang dalam kuantiti yang banyak di atas meja, kali ini lain pula ceritanya. Mungkin inspirasi dari ‘menu viral’ tersebut, kedai ini menghasilkan satu menu baru iaitu western food penuh atas meja!
Tu dia macam berlawan-lawan pula ye?
Apa yang menarik?
Menu yang diberi nama ‘Aboh Burn Western Makan Sepoh’ mulai viral di media sosial beberapa hari yang lalu dek kerana keunikankannya. Nak tahu berapa harga?
Cuma RM70 je! Cadangan hidangan untuk 4 orang makan tapi terpulang pada pelanggan nak makan lebih dari 4 orang.
Antaranya yang dihidangkan ialah…
Menu special ini mengandungi burger ayam, burger daging, chicken chop, chicken lemon grill, lamb, cheezy fries, mushroom soup, butter rice, garlic bread dan banyak lagi.
Melihat kepada kuantiti yang dihidangkan tu memang boleh makan lebih dari 4 orang ni.
Kuantan Pahang
Selain menu special ini, banyak lagi menu lain yang besar-besar! Memang sesuai untuk yang jenis makan banyak tu!
Untuk korang yang nak rasa sendiri keunikan menu western penuh meja ini boleh serbu kedai Aboh Burn Corner di Kuantan. Bagi mengelakkan kesesakan dan tak dapat tempat duduk, owner sarankan orang ramai call dulu untuk booking.
Facebook : Aboh Burn Cafe
Alamat : Berdekatan Dewan Serbaguna KRT Timur (dewan biru/ dewan badminton) Perkampungan Cenderawasih, Kuantan Pahang.
Contact : 011-10777675, 017-9172473