Tersentuh hati kami apabila membaca status lelaki ini. Dalam kegembiraan dikurniakan cahaya mata, diuji pula dengan kepergian isteri mengadap illahi kerana pendarahan teruk ketka melahirkan anak tersebut.
Perkongsian pengguna Facebook, Zulhelmi Hassan yang sempat membantu menguruskan jenazah allahyarham mendapat perhatian netizen. Moga suami allahyarham terus tabah.
Ketabahan seorang suami
Bismillah
Harini 12 April 2017, sy dan bilal berpeluang mengambil jenazah wanita dr Hospital Shah Alam untuk di bawa ke Kediaman Plantium Seksyen 7.. jenazah tersebut adalah jenazah ibu yang mati melahirkan anak.. disebabkan bleeding terlalu terok dan infaction.. maka Allah tarik nyawanya dalam jam 2ptg harini di saat melahirkan anak.. anaknya selamat.Jenazah ini lain dr yang lain pernah sy uruskan sebelum ini dan ini kali pertama dapat memberi bakti wlwpun hanya sekadar mengangkat jenazah yang mati akibat bersalin..SubhanAllah.. matinya syahid dan calon syurga.. harum bau jenazahnya. Seingat sy hanya sy shj yang merasai harum baunya.. tetapi bilal sy juga turut merasakan keharumannya..
Dalam kesibukan urusan hospital..saya mencari2 suaminya.. rupanya beliau berhampiran dengan sy.. dan beliau redha tersnyum dengan pemergian si isteri dlm keadaan baik… Allah suami yang tabah dalam takdir yang allah tentukan..
Gambar yang memadai utk tatapan sahabat melihat dan merenung.. bukqn jenis sy untuk mengambil gambar dalam sesuatu situasi yang tidak kena pd tempatnya..bukan semua orang diberi peluang utk mati dalam keadaan bersalin dan melihat sendri kebaikan setelah meninggal..
Kisah ringkas yang dapat disimpulkan
1. Anugerah buat isteri yang mati dalam melahirkan anak.
2. Ketabahan seorang suami bila berlaku pemergian si isteri tercinta
3. Ganjaran yang Allah berikan buat mereka sekeluarga termasuk si suami ke syurga Allah. InsyaAllah. Bi iznillah..
Sumber : Zulhelmi Hassan, Radhiq Arbee