Beberapa hari yang lalu salah seorang anggota kumpulan Zero, Syaiful mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya. Keputusannya itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat malah ada yang menganggap Syaiful sudah lupa diri.
Artikel Berkaitan : Syaiful Zero, Jangan Lupa Diri
Terbaru Syaiful tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurutnya, perkahwinan tersebut tetap akan dilangsungkan tetapi bukan dalam masa terdekat.
RM500,000 Tak Dapat Lagi
Bercakap kepada media, Syaiful mengakui keputusan tersebut dibuat kerana menunggu wang kemenangan Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari yang masih belum diterima.
Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami.
Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.
Akan Kahwin Tahun Ini
Pada masa sama Syaiful menafikan sekeras kerasnya dakwaan yang mengatakan dirinya mula lupa diri setelah menjadi juara MLM 2014 tempoh hari.
Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut.
Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang. Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas.
Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga.
Itulah lumrah bergelar selebriti pasti ada sahaja yang tak kena di mata peminat. Harap Syaiful dan adik beradiknya terus cekal dalam industri seni. Yang penting ikut resmi padi, ‘makin berisi makin tunduk’.
Kredit Berita : Kosmo Online