Sebelum berlangsungnya final Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari, kisah kehidupan Zero yang menyayat hati tersebar di laman sosial. Menurut mereka andai bergelar juara, wang tersebut bakal digunakan untuk menghantar ibu menunaikan haji, membuat rumah, dan perbelanjaan kahwin Syaiful.
Artikel Berkaitan : MLM2014 : Zero Hasrat Bawa Ibu Ke Mekah
Terbaru, Syaiful telah mengumumkan untuk menunda perkahwinannya kepada satu tarikh lain. Kenapa pula?
Fokus Pada Kerjaya
Hasil perbincangan dengan Sharif dan Atu, Syaiful nekad menunda perkahwinannya dengan alasan ingin fokus terhadap kerjaya. Namun hajat mereka untuk membuat rumah dan menghantar ibu menunaikan haji tetap dilaksanakan.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.
Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu. Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu,
Bila Menang Tangguh Pula – Peminat
Keputusan Syaiful yang ingin menunda perkahwinannya ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat mereka. Malah ada yang mengingatkan Syaiful supaya jangan lupa diri.
Mana tidaknya sebelum juara dicanang ingin menggunakan duit tersebut untuk melangsungkan perkahwinan namun sebaliknya yang berlaku. Tak kurang juga ada yang mula menyamakan Syaiful dengan kisah Mawi.
Disambar David Teo
Kami pasti Syaiful mesti ada sebabnya yang tersendiri memandangkan populariti Zero makin meningkat dan dikenali ramai. Terbaru khabarnya mereka bertiga bakal muncul dengan filem baru terbitan MIG. Filem apa?
David Teo memang laju dan pandai ambil peluang. Bak kata David Teo, ‘bukan janji tapi pasti!’ Semoga berjaya Zero!
Kredit Berita : Astro Gempak