Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai teguran pedas Ustaz Ahmad Husam kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Dek kerana sering kali menunjukkan harta dan kemewahan, Ustaz Ahmad terpanggil untuk menasihati Aliff supaya jangan jadi seperti Firaun yang dibinasakan kerana riak dan takbur.
Artikel berkaitan: ‘Jangan Jadi Seperti Firaun, Qorun & Syadad Yang Dibinasakan’- Tunjuk Kemewahan, Ustaz Ahmad Husam Nasihat Aliff Syukri
Rata-rata ramai netizen yang bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Ustaz Ahmad kerana menganggap tindakan Aliff ini agak keterlaluan. Namun, berbeza pula kali ini apabila penyanyi rap, Caprice ternyata kurang bersetuju dengan cara Ustaz Ahmad menasihati Aliff.
Teguran agak keterlaluan
https://www.instagram.com/p/Bdxa7vfD0ma/?hl=en&taken-by=capriceofficial
Terbaru, Caprice ada memuat naik sebuah video di Instagram memberikan pendapatnya tentang cara Ustaz Ahmad menasihati tabiat Aliff. Caprice mengatakan tindakan Ustaz menyamakan Aliff dengan Firaun yang dibinasakan adalah melampau.
Kalau Ustaz pergi Dubai atau Qatar saya pasti lagi banyak orang yang menunjuk harta kekayaan mereka lebih teruk daripada Datuk Aliff
Saya suka saudara muslim saya menjadi kaya. Semakin kaya anda, semakin banyak zakat yang mereka akan bayar dan semakin banyak orang yang akan mereka tolong
Ustaz pon menunjuk di sosial media
Caprice turut mempersoalkan bahawa satu ketika dulu Ustaz Ahmad pon pernah berkelakuan riak dengan menunjukkan kereta Mercedes berharga RM300,000 di media sosial. Dia turut memberi tahu perlu ke Ustaz Ahmad memuat naik pos berkenaan kalau bukan disebabkan ingin menunjuk.
Netizen turut bersetuju
Mungkin masing-masing punyai pendapat mereka yang tersendiri. Apa-apa pun yang baik kita ambil jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.
Sumber: Caprice