Tak dapat dinafikan urusan jual beli sekarang memang cukup mudah seiring dengan kemajuan teknologi. Nak beli apa-apa semuanya boleh dilakukan melalui internet. Nak beli barang dapur pun online je okay!
Namun tindakan seorang gadis yang menjual kembali telefon yang dihadiahkan ayahnya di ruangan jual beli Mudah dikecam netizen. Katanya wish lain dapat lain!
Baru pakai 2 jam
Iklan tersebut telah dimuat naik oleh seorang gadis menggunakan nama Miss Wana di laman jual beli Mudah beberapa hari yang lalu.
Menurut info yang diberikan telefon terbabit baru sahaja digunakan selama 2 jam namun dijual atas sebab mintak lain dapat lain!
Wish lain, dapat lain!
Lebih menjengkelkan, gadis tersebut menerima sekiranya ada sesiapa mahu menukar telefon tersebut dengan Iphone 32gb ! Oh rupanya nak Iphone ini lah tapi tak dapat.
Tindakan gadis menggunakan nama Miss Yana ini bagaimanapun dikecam hebat oleh netizen. Kata mereka, gadis tersebut tidak bersyukur dan tindakan menjual semula sebagai kurang ajar.
Iklan tersebut bagaimanapun telah dipadam di laman Mudah. Banyak kena kecam lettew!
Sumber : Afifah