Baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan kononnya pasangan pelakon popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta dikatakan telah bertunang secara senyap-senyap padu Rabu lepas.
Susulan daripada khabar angin tersebut, Zain telah tampil memberikan penjelasan menerusi sebuah portal berita hari ini, di mana menurut pelakon Oh My English itu, buat masa sekarang dia dan Che Ta masih belum memikirkan soal pertunangan dan kedua-duanya masih lagi sibuk dengan kerjaya lakonan masing-masing.
Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?
Kami masing-masing sibuk dengan kerja dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan.
Memandangkan semakin hari, semakin banyak khabar angin yang timbul mengenai hubungan cinta kedua-dua pelakon terkenal itu, Zain akhirnya akui akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan bilakah tarikh sebenar majlis bersejarah mereka.
Untuk makluman, sebelum ini Zain dan Che Ta pernah menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis pernikahan mereka pada bulan Disember, akan tetapi setakat ini masih belum ada kata putus mengenai tarikh sebenar majlis tersebut.
Sumber : mStar Online