berita

10 Alasan Cliche Lelaki Bila Kantoi Main Kayu Tiga

March 19th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

mak

Ditipu oleh orang yang paling kita percaya dan sayang pastinya satu perkara yang sungguh menyakitkan bukan? Tambah menyakitkan bila si dia menyalahkan kita atas kecurangan diri sendiri. Eh kau yang curang apsal aku yang salah?

Berikut merupakan alasan cliche lelaki bila kantoi main kayu tiga. Jawapan yang disediakan hasil survey kami terhadap 100 orang wanita malang yang kerap ditipu.

1. Dia tu officemate jela, kita orang contact sebab hal kerja

ok

Sejujurnya alasan ‘officemate’ ini boleh menimbulkan keraguan. Bagi kami ia alasan terbaik untuk kaitkan dengan pekerjaan. Jadi bila cakap pasal kerja, perempuan dah tak fikir yang bukan-bukan sangat. Betul ke balik kerja lambat sebab O.T?

2. Dia follow saya dulu, saya follow lah balik

iq

Taktiknya cukup mudah, menyalahkan orang lain atas kegatalan diri sendiri. Kalau boyfriend atau suami korang yang follow dulu perempuan tu pun, bukan korang tahu pun.

3. Lepas apa yang kita dah lalui selama ni, awak ingat saya nak cari lain ke?

trust me

Ini jawapan bagi mempengaruhi tahap kepercayaan korang terhadap kekasih hati. Secara tak langsung membuatkan korang rasa bersalah. Rasa bersalah kenapa ragui cinta si dia sedangkan memang dah kantoi main kayu tiga.

4. Saya layan dia biasa-biasa je, dia yang lebih-lebih.

kantoi

Andai betul boyfriend atau suami korang main kayu tiga, ingatlah pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Kami tak nafikan wujud segelintir perempuan yang suka try lelaki orang tapi kalau tak layan, tak jadi.

5. Awak tuduh saya curang, ke awak yang ada orang lain?

ttitanic

Modus operandi nya lebih kurang sama dengan jawapan no 3. Jawapan ini jalan terbaik untuk lari dari permasalahan dan si lelaki cuba create masalah baru. Selalu kena macam ni?

6. Oh, dia kawan masa sekolah dulu. Lama tak jumpa (padahal ex)

ex

Boleh percaya ke kawan sekolah dulu? Hasil kajian kami, selalunya ‘kawan sekolah’ yang didakwa dah lama tak tak jumpa tu sebenarnya ex girlfriend atau ex scandal. Jaga-jaga.

7. Adik angkat je, tak lebih dari tu.

abg

Segala jenis adik angkak mahupun kakak angkat memang dah tak relevan zaman sekarang ini. Silap hari bulan diangkat-angkatnya perempuan tersebut. Jadi jawapan ini sungguh cliche!

8. Awak selalu busy dengan kerja, pernah awak peduli pasal saya?

bz

Kalau ye korang busy sekalipun perlu ke cari perempuan lain untuk mencurahkan kasih sayang. Kenapa tak cari waktu yang sesuai untuk luangkan masa bersama? Ha fikir-fikirkan.

9. Setakat mesej biasa-biasa macam tu, salah ke?

sms

10. Okay saya mengaku selalu contact dia tapi saya tetap pilih awak!

Malam_Pertama_Episod_27_Kerana_Terpaksa_Aku_Relakan

Ini jawapan bila lelaki dah ‘checkmate’. Jalan terakhir ialah mengalah dan cuba pujuk semula. Eh, kalau betul sayang dan pilih korang, perlu ke nak layan perempuan lain istimewa macam tu sekali?

SKIP THIS AD ×