berita

11 Iklan Raya 2016 Yang Paling Menarik & Menyentuh Hati! Korang Dah Tengok Belum?

June 30th, 2016 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2016-06-30 at 1.42.00 PM

Dalam banyak-banyak iklan hari raya yang pernah dihasilkan, iklan raya yang mana paling korang ingat dan suka? Kalau tanya kami memang banyak yang best!

Nampaknya raya kali ini syarikat-syarikat tempatan tak melepaskan peluang untuk menghasilkan iklan raya mereka yang tersendiri dengan pelbagai tema dan konsep.

Ada yang gembira, ada yang sedih. Korang tengok lah sendiri, 11 iklan raya yang paling best tahun ini!

#Lepastu (TNB)

Din yang banyak melakukan kesalahan mengambil kesempatan di hari raya untuk memohon maaf kepada ayahnya. Satu persatu kesalahan yang dilakukan diceritakan.

Si ayah tak sangka begitu banyak kesalahan yang dilakukan namun di akhir iklan, semuanya gembira!

Siberturahim (Samsung)

https://www.youtube.com/watch?v=CJg8Jsgyx_w

Dengan hanya menggunakan applikasi Whatsapp, tenyata iklan Samsung tentang perbualan keluarga ini menyentuh hati. Betul-betul ‘kena’ dengan kehidupan seharian kita.

#SarikataHati (Maxis)

Kemajuan teknologi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kini memberi seribu satu kemudahan namun dalam tak sedar ianya membuatkan kita jauh dengan orang yang kita sayang.

Jangan pinggirkan mereka!

Vroom Vroom (Petronas)

Iklan daripada Petronas memang tak pernah mengecewakan! Setiap kali tiba hari raya tak dinafikan kita selalu tunggu iklan dari Petronas.

Untuk tahun 2016, iklan bertajuk Vroom Vroom ini mengimbau kembali nostalgia & kenangan suka duka bersama ayah yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

#Rayanimesticun (Watsons)

Lain dari yang lain, iklan raya ini pasti mencuit hati korang. Siap ada lirik untuk nyanyi lagi!

Erti Raya (Maghfirah Media Group)

Hargai kedua ibu bapa selagi mereka ada di dunia ini. Iklan raya oleh Maghfirah Media Group lakonan mantap Beto Kusyairy ini memang sedih! Sediakan tisu!

Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati (TM)

Tindakan wanita ini yang kerap kali membawa pulang lebihan makanan menjadi perbualan rakan sekerja. Namun ada sebab dia berbuat demikian, untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kempen Breeze Raya

Iklan yang cukup ceria namun meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Walaupun kita kurang berkemampuan ia tidak menghalang kita untuk bersedekah.

Berikan Masa (Astro)

Iklan berdasarkan kisah benar tentang Zika yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya yang terlalu sibuk bekerja

Bahulu Emak (MYNIC)

Demi mahu melihat perniagaan bahulu ibunya berkembang maju, macam-macam dilakukan sehingga menerima tempahan yang luar biasa.

Adakah kesemua tempahan tersebut dapat disiapkan?

Selalu Di Hati (Mydin)

Kisah benar sebuah keluarga yang kehilangan dua beranak dalam kemalangan ngeri. Memori itu sentiasa terpahat di hati walaupun mereka sudah tiada.

SKIP THIS AD ×