Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2015. Macam biasalah bila masuk tahun baru je mesti akan ada azam baru. Share lah sikit apa azam tahun baru korang? Nak beli rumah? Pergi melancong ke Europe? Atau nak bertunang? Kalau nak bertunang, kami OHBULAN! ada tips berguna untuk korang!
Disebabkan kos kehidupan yang makin lama makin meningkat terutamanya di bandar-bandar tumpuan, ramai yang terpaksa fikir dua kali bila bercakap mengenai mendirikan rumah tangga. Rasanya yang paling menerima tekanan bila cakap pasal kahwin ini lelakilah. Kalau dah hantaran sampai berpuluh ribu, mana nak cari duit banyak itu?
Orang Melayu kita memang tinggi dengan adat dan budaya. Sebelum berlangsung majlis perkahwinan mesti nak buat majlis bertunang dulu kan? Kalau diperhatikan zaman sekarang ini, kemeriahan majlis bertunang pun dah macam majlis perkahwinan. Untuk korang yang dah plan untuk melangsungkan majlis pertunangan bersama dengan kekasih hati, kami kongsikan tips bagaimana nak jimat duit, tapi masih mampu mengekalkan tahap grand majlis itu.
1. Beli Barang Hantaran Di Lazada/Zalora /Reebonz
Untuk korang yang kurang minat dan tak pernah berbelanja online,tips yang pertama ini korang patut ambil tahu. Sepanjang pengamatan kami kebiasaannya Lazada atau pun Zalora selalu menawarkan diskaun apabila korang berbelanja dengan mereka. Memang sesuai sangatlah untuk korang yang nak beli barang keperluan untuk bertunang tetapi dengan harga yang berpatutan.
2. Reka & Pasang Sendiri Pelamin
Untuk majlis pertunangan rasanya korang boleh reka dan pasang sendiri pelamin. Lagi pun pelamin yang ingin dibina tidaklah serumit pelamin untuk berkahwin. Atau mungkin korang boleh google sendiri rekaan mini pelamin yang simple dan mudah untuk dipasang.
3. Dapatkan Quotation Makanan Daripada Beberapa Catering
Langkah yang pertama ialah kira anggaran tetamu yang bakal hadir berdasarkan jemputan. Selepas dah dapat jumlah anggaran tetamu yang bakal hadir, cuba untuk hubungi beberapa catering dan dapatkan quotation daripada mereka. Melalui cara ini korang akan dapat memilih catering yang mana menawarkan harga yang berpatutan.
4. Pinjam Khemah AJK Surau
5. Dapatkan Bantuan Rakan Jadi Photographer
6. Cincin Tunang Beli Daripada Groupon
Nak bertunang of course lah kena ada cincin, kalau tidak nak sarung apa nanti. Tapi kami faham harga cincin sekarang bukannya murah macam nak beli ikan. Jadi kami sarankan korang register groupon dan survey harga cincin dekat situ. Mana tidaknya kadang-kadang itu sampai 70% diskaun! Memang berbaloi!