berita

17 Foto Comel Elfira Loy Kini Bertudung

March 8th, 2015 | by Wan
Kini Trending

el1

‘Teman istimewa’ kepada Baim Wong, Elfira Loy mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya ketika umurnya berganjak mencecah 21 tahun.

Lebih manis, keputusan ini diumumkan sendiri oleh Elfira saat menyambut hari kelahirannya semalam bersama rakan selebriti yang lain.

Simbolik Kelahiran

el2

Mengakui sudah memendam lama hasrat untuk bertudung, Elfira nekad untuk memulakan penghijrahannya ke arah kebaikan. Jadi, bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-21 jatuh, hasratnya untuk bertudung itu akhirnya menjadi kenyataan.

Saya sebenarnya pernah cakap kepada mama bahawa angka 21 tahun ini sebagai ruang terbaik untuk mengotakan apa yang saya pernah hajati ini. Perasaan mahu bertudung itu sudah lama. Tapi bila belum bersedia sepenuhnya, saya belum berani menetapkan hati untuk ini.

Jadi 8 Mac (hari ini) saya nekad bertudung sebagai simbolik seperti kelahiran semula. Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-Allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya.

Sambutan Hari Jadi Meriah

el3

Sambutan hari jadi yang dilakukan oleh Elfira semalam sungguh meriah dan apa yang paling mengujakan kami ialah apabila melihat Elfira sudah mula mengenakan hijab di dalam gambar yang di kongsikan di Instagram.

Malah kehadiran beberapa orang selebriti tempatan untuk sama-sama meraikan ‘penghijrahan’ Elfira ini cukup menggambarkan dirinya disenangi dan disayangi rakan artis. Tahniah buat Elfira, moga terus sukses dalam kerjaya seni!

SKIP THIS AD ×