berita

2 Episod Pertama ICSYVMY Musim Kelima Raih Lebih 3 Juta Tontonan

May 23rd, 2022 | by Wan
Video Popular

Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) musim kelima yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan mencatatkan ratings terkumpul iaitu lebih daripada 3 juta penonton di dua episod pertama ketika bersiaran. (sumber: Nielsen)

Penyanyi atau penyamar

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai panel penyiasat tetap. Pertama kali digandingkan di pentas yang sama, keserasian Izzue Islam dan Ain Edruce mengendalikan program ini berjaya merancakkan suasana studio dengan cara penyampaian yang sangat bersahaja dan ceria. Tidak ketinggalan dengan pelbagai gelagat lucu dan karenah dari panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee yang ‘bersungguh – sungguh membantu’ artis jemputan untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri.

Musim baharu ini akan bersiaran selama 13 episod pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live secara HD di www.tonton.com.my Ia telah menemui jutaan peminat setianya pada 8 Mei 2022 dengan episod istimewa edisi Raya bersama Naim Daniel dan Tajul sebagai artis jemputan manakala episod kedua pula menyaksikan Nabila Razali dan MK berjaya mendapatkan penyanyi sebenar di pusingan akhir!

Barisan selebriti popular

I Can See Your Voice Malaysia 5 mempunyai 4 pusingan untuk artis jemputan mengenal pasti dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang di 3 pusingan awal. Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 manakala penyanyi sebenar akan mempunyai peluang untuk merakamkan sebuah single bersama artis popular tanah air/

Selepas ini, nantikan penampilan penyanyi – penyanyi popular Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Dolla, Shila Amzah, S.O.G, Zamani dan Iman Troye sebagai artis jemputan yang akan menceriakan hujung minggu anda dan sudah pastinya tak kering gusi menonton program muzik misteri ini!

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

SKIP THIS AD ×