berita

‘2023, Para Isteri Lebih ‘Lelaki’ Daripada Lelaki Itu Sendiri’ – Puteri Sarah

January 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, Puteri Sarah berkongsi sebuah kisah mengenai ketabahan seorang isteri dalam mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Janji Selesaikan Kemelut Dalam Masa Terdekat, Enggan Ikut Cara Puteri Sarah Bercerita – ‘Hal Dalam Kain Tidak Manis’

Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof & Ira Kazar Kahwin Senyap-Senyap Di Thailand?

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah & Anak-Anak Bercuti Di Jepun, Netizen Tag Syamsul Yusof – ‘Kesian Mereka Tanpa Seorang Ayah & Suami Di Sisi’

Sending love untuk anda semua

Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan berkata hanya dia seorang sahaja yang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga manakala, suaminya tidak melakukan perkara tersebut. Tambah wanita itu lagi, suaminya hanya menyokong pihak ‘ketiga’ lebih daripada dirinya sendiri.

Berikutan daripada itu, Puteri Sarah tampil meluahkan pandangannya berhubung masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut. Didakwa jalan cerita hampir sama, Puteri Sarah berkata para isteri lebih ‘lelaki’ daripada lelaki itu sendiri sejak belakangan ini. Sudah memasuki tahun 2023, Puteri Sarah berharap semua wanita terus bangun dan menjadi kuat untuk berdepan situasi seperti ini.

Terdahulu, Syamsul Yusof menyatakan dia akan menyelesaikan konflik dengan Puteri Sarah yang mendakwa perkahwinannya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar tidak lama lagi.

Sumber: Puteri Sarah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×