berita

3 Laman Web Terkenal Berbahasa Melayu Di Malaysia Kini Sah Milik REV Asia!

December 24th, 2016 | by Wan
Kini Trending

revasiasiraplimau

REV Asia Berhad, kumpulan media digital terkemuka di Malaysia yang turut memiliki OHBULAN! laman sosialtainment paling popular di Malaysia mengumumkan pemilikan laman web Siraplimau, Myresepi, dan Kongsiresepi menerusi perjanjian yang dimeterai dengan Dua Marhalah Sdn Bhd.

Pemilikan Siraplimau, Myresepi dan Kongsiresepi oleh REV Asia ini secara tidak langsung mengukuhkan penguasaan mereka dalam bidang pengiklanan digital.

3 Laman web terkenal di Malaysia

screen-shot-2016-12-23-at-11-47-13-pm

Siraplimau merupakan portal yang cukup dikenali di Malaysia kerana sentiasa menyajikan info-info berguna dan tips-tips menarik kepada para wanita khususnya bagi mereka yang bergelar ibu. Myresepi dan Kongsiresepi pula merupakan platform untuk orang ramai berkongsi resepi masakan mereka dengan pelayar internet.

Menurut laporan Comscore, rangkaian laman web milik Dua Marhalah secara konsisten tersenarai di dalam senarai 10 laman web berbahasa Melayu yang paling kerap dilayari oleh pelayar internet di Malaysia. Ketiga-tiga laman web ini mencatatkan 5.6 juta pageviews dan 1.7 juta unique visitors pada November 2016.

screen-shot-2016-12-23-at-11-50-17-pm

Kumpulan Media Digital No 1!

screen-shot-2016-12-24-at-12-04-34-am

Menurut Pengurus Besar REV Asia, Voon Tze Khay pemilikan Siraplimau, Myresepi dan Kongsiresepi akan menawarkan lebih pilihan kepada pengiklan untuk memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka secara kreatif di laman web milik REV Asia mengikut segmen yang bersesuaian.

Tambah Tze Khay lagi, REV Asia optimis dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kumpulan media digital nombor satu di Malaysia.

rev3

SKIP THIS AD ×