berita

3 Lelaki Bebas Tuduhan Tikam Hingga Sebabkan Kematian Di Stesen Minyak

September 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pada 17 Disember 2017, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam dan digilis dengan sebuah kereta di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kejadia tiga tahun lalu itu menyebabkan mangsa Tan Aik Chai, berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian.

Susulan itu, hari ini menyaksikan Mahkamah Tinggi membuat keputusan dengan membebaskan tiga lelaki yang dituduh membunuh dan bersubahat melakukan perbuatan jenayah bunuh terhadap mangsa.

Lelaki ditikam dan digilis

Menerusi laporan Kosmo, Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Dr. Shahnaz Sulaiman membebaskan empat suspek iaitu Gan Jia Ji, Yip Kah Hou, dan Woon Kian Hui selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Malah, terdapat beberapa sebab kesemua tertuduh dibebaskan. Antaranya termasuk bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak jelas dan kabur untuk mengaitkan mereka melakukan pembunuhan tersebut.

Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan juga gagal membuktikan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap darah yang ditemui di lokasi kejadian selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta jenis BMW yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut dengan kesemua tertuduh.

Dihampiri sebuah kenderaan

Sewaktu kejadian, mangsa dan isteri berhenti di sebuah pam minyak untuk mengisi angin pada tayar kenderaan. Secara tiba-tiba, mangsa mangsa dihampiri sebuah kereta jenis BWM dinaiki sekumpulan lelaki sebelum ditarik dan ditikam. Mangsa juga dilanggar serta digilis kenderaan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, suspek Jia Ji selaku tertuduh pertama didakwa dengan niat membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa Tan Aik Chai.

Sementara itu, suspek Kah Hou dan Kian Hui didakwa dengan niat bersubahat untuk membunuh mangsa dimana menyaksikan lokasi dan waktu adalah sama.

Sumber: Kosmo, Mohd Redzuan

SKIP THIS AD ×