berita

3 Peserta Rebut Dana Perniagaan Usahawan Buletin FM Bernilai RM200,000

October 12th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Usahawan Buletin FM pusingan kedua kini sudah memasuki minggu akhir. Dengan penyertaan lebih daripada 200 orang peserta, kini hanya 3 orang peserta akan mengharungi 4 cabaran yang diberikan dan seterusnya merebut gelaran Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua.

Seramai 16 orang peserta layak untuk membentangkan idea bisnes mereka dihadapan panel penganalisis antaranya Sifu Jamal, Pengasas Sifubads Sdn Bhd, Masliza Mohamad Ridzuan, Pengarah Urusan Almas Collection Sdn Bhd dan ramai lagi, serta tidak ketinggalan Coach Wan Arjunawan, CEO Entrepreneur Culture yang merupakan juri tetap untuk Usahawan Buletin FM.

Rebut dana perniagaan

Daripada 16 orang peserta, seramai 3 orang telah dipilih untuk menghadapi cabaran seterusnya merebut dana perniagaan bernilai RM200,000. Mereka adalah Wan Nadia Farhana, 33, idea bisnes Kiddie Care Centre, Mohammad Fariz Abdullah, 44, idea bisnes sistem & aplikasi playhouse dan Zalina Noor Mohd Ali, 47, idea bisnes Kitchen Monster.

Untuk minggu akhir ini mereka perlu menghadapi 4 cabaran, antaranya cabaran menyelesaikan masalah peniaga lain, cabaran menjual produk, cara menguruskan pelanggan dan cabaran menyediakan iklan radio mereka sendiri. Mereka akan dinilai oleh Datuk Seri Johari Ghani, Usahawan dan pemilik perniagaan, juri tetap iaitu Coach Wan Arjunawan, CEO Entrepreneur Culture dan pihak pengurusan Buletin FM.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata Buletin FM menerima pelbagai idea bisnes dan penyertaan daripada orang ramai dan ia diketengahkan dan dipersembahkan demi menarik perhatian juri profesional.

Bagi kami di Media Prima Audio, idea mengadakan Usahawan Buletin FM ini adalah sesuatu yang tepat kerana ramai di luar sana memerlukan platform untuk mereka mengetengahkan pelbagai idea bisnes yang menarik, seterusnya merealisasikan impian mereka. Sedikit sebanyak Usahawan Buletin FM ini dapat membantu mereka mengembangkan lagi idea bisnes masing-masing dan menambah ilmu pengetahuan berkenaan bisnes daripada pakar yang juga merupakan juri profesional untuk program ini. Kami mencari idea bisnes yang luar biasa dan kami bantu mereka untuk merealisasikan impian mereka dan berharap bisnes mereka itu berkembang di masa hadapan.

Siapa bakal juara

Menariknya, minggu akhir Usahawan Buletin FM pusingan kedua ini turut memperlihatkan penglibatan Datuk Seri Johari Ghani, usahawan terkemuka dan pemilik perniagaan yang juga merupakan Strategis Pemulih Korporat. Penglibatan Datuk Seri Johari adalah bertujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan perniagaan dalam Jejak Usahawan bersama penyampai radio Buletin FM Fokus Pagi, iaitu Ally Iskandar & Hawa Rizwana. Beliau juga akan mengadili cabaran terakhir para finalis Usahawan Buletin FM. Di dalam perkongsian beliau minggu ini mengenai perniagaan

Dengarkan setiap cabaran yang dihadapi oleh finalis sepanjang minggu ini menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional dan pihak pengurusan Buletin FM akan menilai cabaran yang dikemukakan. Siapakah yang bakal bergelar Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua? Dengarkan kemuncak Usahawan Buletin FM pada hari Jumaat, 15 Oktober 2021 untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 dan RM175,000 untuk slot iklan radio.

SKIP THIS AD ×