berita

34 Individu Solat Jumaat Di Dalam Masjid, 13 Jemaah Dikompaun Langgar SOP

June 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Alor Setar, Kedah seramai 13 jemaah telah dikenakan kompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila melaksanakan solat Jumaat melebihi jumlah yang telah ditetapkan.

Artikel berkaitan: Bapa Mentua Selebriti, 12 Pekerja Solat Jumaat Berjemaah Dikenakan Kompaun

Artikel berkaitan: ‘Sebelum Solat Kita Dah Bersihkan Diri’ – Ustazah Asma Harun Respon Isu 12 Pekerja Dikompaun Solat Jumaat

34 individu di dalam masjid

Kredit foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir melaporkan pasukan pemantau Covid-19 dan Bahagian Penguat Kuasa dan Kawalan Negeri Kedah (BKK) Kementerian Dalam Negeri telah terima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari.

Sebaik sahaja pihak berkuasa tiba di sebuah masjid di Seberang Kota didapati jemaah sedang mendengar khutbah. Difahamkan pihak polis membenarkan mereka melaksanakan solat Jumaat terlebih dahulu sehingga selesai sebelum tindakan diambil.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 34 individu di dalam masjid, iaitu melebihi jumlah jemaah dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu hanya 13 individu saja dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

Berikutan itu, kompaun RM1,500 setiap seorang terpaksa dikeluarkan terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Selain itu, kita turut mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan masjid berkenaan kerana gagal melaksanakan SOP apabila membenarkan lebih individu berada di dalam masjid.

Jemaah tunaikan solat ikut jarak tapi…

Kredit foto: Harian Metro

Tambah Ketua Polis Daerah Kota Setar lagi, terdapat beberapa orang jemaah tidak dikenakan kompaun dan dibenarkan pulang. Ini adalah kerana mereka terdiri daripada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang nyanyuk.

Berdasarkan pemeriksaan, semua jemaah menunaikan solat mengikut jarak fizikal yang ditetapkan dan memakai pelitup muka. Akan tetapi, mereka tidak patuh SOP kerana menunaikan solat lebih dari jumlah ditetapkan.

Berdasarkan maklumat pihak masjid, ini kali pertama masjid itu dikunjungi lebihan jemaah kerana pada minggu lalu, hanya 13 orang saja yang datang menunaikan solat Jumaat.

Kebanyakan mereka yang dikompaun adalah penduduk yang tinggal di sekitar masjid berkenaan. Sehubungan itu, kita harap semua masyarakat patuh SOP yang ditetapkan kerana kita sudah setahun tiga bulan mengharungi situasi Covid-19.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×