berita

36 Pelajar SPM, STPM Di Sabah Positif Covid-19

January 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes Covid-19 di Malaysia, mencatatkan peningkatan yang mendadak. Malahan, sehingga semalam kes aktif Covid-19 mencatatkan sebanyak 41,087. Manakala bagi rekod kematian melibatkan pesakit Covid-19 adalah sebanyak 630 kematian sejak Mac yang lalu.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Kenduri Kenduri, 21 Ahli Keluarga Positif Covid-19

Artikel Berkaitan: 16 Sekeluarga Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari ‘Family Gathering’ Di Zon Merah

Artikel Berkaitan: Kerana Nila Setitik, Habis Satu Kampung Kena Buat Ujian Covid-19 Di Tanah Merah!

Terbaru lapor Harian Metro, 36 pelajar di Kota Kinabalu, Sabah, telah disahkan dijangkiti Covid-19 hasil ujian saringan yang dilakukan.

Pelajar SPM & STPM

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, 36 pelajar itu merupakan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, kesemua mereka yang disahkan positif adalah susulan kebenaran kembali pulang ke asrama sejak 16 Januari yang lalu.

Walau bagaimanapun, pelajar yang telah disahkan positif Covid-19 masih boleh menjalani proses pembelajaran ketika tempoh kuarantin bermula.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri. Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian.

Terdahulu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menangguhkan peperiksaan SPM dan STPM dan dianjak kepada Februari 2021 berikutan wabak Covid-19 yang melanda.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×