berita

Gara-Gara Kenduri Kenduri, 21 Ahli Keluarga Positif Covid-19

January 17th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Akhir-akhir ini berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang drastik di negara kita. Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 terpaksa dilaksanakan di enam buah negeri bagi melandaiakan semula kes Covid-19. Tidak berakhir di situ, muncul pelbagai kluster baharu yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak kerajaan membenarkannya semula.

Artikel Berkaitan: 18 Kluster Berpunca Daripada Pergerakan Rentas Negeri

Artikel Berkaitan: 16 Sekeluarga Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari ‘Family Gathering’ Di Zon Merah

Artikel Berkaitan: Kerana Nila Setitik, Habis Satu Kampung Kena Buat Ujian Covid-19 Di Tanah Merah!

Terbaru lapor Astro Awani, seramai 21 orang positif Covid-19 yang dikenal pasti menerusi Kluster Kampung Lebu.

Kluster Kampung Lebu

Sekadar gambar hiasan

Kluster Kampung Lebu dikenal pasti antara salah satu daripada enam kluster yang berjaya dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster ini dikaitkan dengan kenduri perkahwinan dan tahlil yang melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122,732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.

Nama kluster ini diberikan sempena dengan lokasi majlis perkahwin tersebut yang diadakan di Kampung Lebu Bentong. Sehingga semalam, seramai 80 invidivu telah disaring.

Infografik

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×