berita

4 Mitos Tentang Paracetamol Yang Masih Dipercayai Oleh Rakyat Malaysia

December 21st, 2020 | by Mastura
Kesihatan & Hidup Aktif

Sebilangan orang bimbang bahawa penggunaan jangka panjang paracetamol akan mengakibatkan keperluan dos yang lebih tinggi untuk melegakan kesakitan mereka dan ia juga berada dalam badan untuk tempoh masa yang lama.

Menurut satu kajian yang baru, kebanyakan rakyat Malaysia cenderung melambatkan atau langsung tidak mendapatkan rawatan apabila mengalami kesakitan biasa seperti sakit kepala.


Statistik daripada Global Pain Index 2020 – Malaysia Report, GlaxoSmithKline

Menurut kajian Global Pain Index oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK)8, sebanyak 85% rakyat Malaysia mengalami beberapa jenis kesakitan pada tahun lalu.

Tetapi rakyat Malaysia kurang cenderung untuk menerima rawatan – hanya 48% rakyat Malaysia mengambil ubat tahan sakit berbanding 65% masyarakat di seluruh dunia.

Sebaliknya rakyat Malaysia memilih untuk tidur, tunggu sehingga kesakitan hilang atau mendapatkan rawatan langsung.

Walaupun kesakitan mempengaruhi kesejahteraan dan kehidupan seharian kita, hanya 38% rakyat Malaysia memilih untuk mengubatinya dengan segera.


Statistik daripada Global Pain Index 2020 – Malaysia Report, GlaxoSmithKline

Kajian yang sama turut mendapati 80% rakyat Malaysia mengakui keperluan menahan kesakitan.

Namun begitu, 2 daripada 3 rakyat Malaysia bersetuju kesakitan memberikan impak negatif kepada cara biasa mereka menikmati gaya hidup.

Manakala 74% responden mengatakan mereka tidak dapat merasa gembira apabila sakit dan 58% daripada mereka mengatakan mereka merasa tidak berguna apabila sakit.

Walaupun ubat melalui kaunter seperti paracetamol sedia ada kepada rakyat Malaysia, ada yang masih ragu-ragu untuk menggunakannya.

Paracetamol telah biasa digunakan oleh rakyat Malaysia, dengan beberapa jenama yang bertahun-tahun lama dan terbukti bantu merawat sakit biasa.

Tetapi sebilangan rakyat Malaysia masih mengelak daripada mengambil disebabkan keutamaan untuk kaedah semula jadi dan mereka bimbang dengan keselamatan ubat, kebergantungan, dan kesan sampingan.

Untuk membantu anda memahami bagaimana paracetamol boleh membantu anda menguruskan kesakitan anda, kami ingin membongkar beberapa mitos yang paling biasa dipercayai oleh rakyat Malaysia tentang Paracetamol:

Secara keseluruhan, paracetamol adalah kaedah yang berkesan untuk melegakan pelbagai jenis kesakitan. Namun, jika anda tidak pasti sama ada anda harus mengambilnya, selalu berjumpa doktor atau pengamal perubatan anda.

Anda boleh mendapatkan paracetamol di farmasi atau kedai runcit tempatan anda.

Sumber:
1. Schug SA. Combination analgesia in 2005 a rational approach on paracetamol. Tramadol. Clin Rheumatol, 2006: 25 (Suppl1): S16-S21
2. Sweetman S (Ed), Martindale: The complete drug reference. London: Pharmaceutical Press. Electronic version accessed 12 May 2016.
3. Clarke GD, et al. Int JPharn Pract 2008;16;1.4
4. Antman EM, Bennett JS, Daughtery A, Furberg C, Roberts H, Taubert KA, Circulation, 2007 Mar27;115 (12):1634.42
5. Graham GG, Scott KF, Day RO, Tolerability of Paracetamol Drug Safety, 2005;28(3):227-40
6. Gaul C. Eshalier A. Dose Can Help to Achieve Effective Pain Relief for Acute Mild to Moderate Pain with Over the Counter Paracetamol?Open Pain Journal, 2018.11,12.2.
7. CADTH 2016, 1000 mg versus 600/650mg Acetaminophen for Pain or Fever: A Review of Clinical Efficacy. Canadian Agency for Drugs and Technologies in Health. Viewed on 20 April 2020
8. GlaxoSmithKline. Global Pain Index 2020 – Malaysia Report
9. Responsible self?medication: perceived risks and benefits of over?the?counter analgesic use
10. Jackson CH, MacDonald NC, Cornett JW. Acetaminophen: a practical pharmacologic review. Can Med Assoc J 1984: 131(1):25-32

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan atau menambah kepada konsultasi pakar perubatan mengenai penjagaan perubatan diri pembaca.

Tanda dagang dimiliki atau dilesenkan kepada kumpulan syarikat GSK. PM-MY-PAN-20-00102

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×