berita

5 Cara Bagaimana Nak ‘Spot’ Perangai Boyfriend Korang Melalui Cara Mereka Memandu

February 26th, 2016 | by Wan
Make-It-Senang

coverhonda3

Sikap manusia ni memang susah nak diramalkan, kadang-kadang ada yang jenis ‘cover’ habis tak nak tunjuk sikap sebenar di depan mata kita. Lebih-lebih lagi bila korang tengah dating. Betul tak?

Tapi sebenarnya tak la susah mana pun, korang boleh hidu sikap sebenar mereka melalui cara pemanduannya. Dari situ je dah boleh buat ramalan yang dia ni boleh di buat suami ke tak melalui 5 cara ini. Ahakz!

1. Check Kereta Dia Bersih Ke Tak

Screen Shot 2016-02-23 at 11.37.17 PM

Pertama sekali bila masuk je dalam kereta, korang tengok ruang dalam kereta si dia bersih dan kemas tak. Kalau si dia seorang yang pembersih, memang takkan jumpa satu pun sampah, kertas resit, card atau lain-lain barang berselerak di dalam kereta. Kasut dan barangan lain elok je dia letak semua dalam bonet. Malah korang rasa kereta boyfriend korang ni lagi luas dan selesa daripada kereta korang.

in

Bukan itu je, korang cuba jugak cari kalau-kalau ada kesan kotoran pada bahagian dalaman pintu dan dashboard kereta si dia, malangnya tak ada. Berkilat, macam hari-hari gosok tau! Nah, maka si dia memang seorang yang sangat menitikberatkan kebersihan dan keselesaan. Dah kahwin nanti silap hari bulan rumah korang dia yang kemas hari-hari tau. Untunglah!

2. Perhatikan Cara Dia Nak Tukar Lorong

lo

Apa perasaan korang bila tengah drive tiba-tiba kereta dekat depan tukar lorong secara mengejut? Dengan signal tak bagi, main masuk je. Geram! Iyalah boleh menyebabkan kemalangan kepada pemandu lain kot!

cermin

Jadi tengok cara si dia memandu. Sebelum tukar lorong si dia tengok cermin sisi tak? Lagi satu beri signal tak untuk remind pemandu lain bahawa dia nak tukar lorong? Kalau buat semua ini ternyata boyfriend korang seorang yang penyabar, bertimbang rasa, dan menitikberatkan soal keselamatan orang lain. Calon menantu mak!

3. Lihat Bagaimana Respond Dia Kalau Orang Depan Buat Emergency Brake

4 Cara Bagaimana Korang Nak 'Spot' Perangai Boyfriend Korang Melalui Cara Mereka Memandu4

Memang rasa geram je bila kereta dekat depan tiba-tiba buat emergency brake tapi percayalah ianya berlaku kerana bersebab. Kita pun kadang-kadang buat emergency brake bila keadaan memaksa. Kalau si dia tak boleh kawal diri dan maki sana sini sebab emergency brake tu, dah boleh nampak lah perangai sebenar dia macam mana.

Screen Shot 2016-02-22 at 12.33.42 PM

Sebab itu lah pentingnya ciri-ciri keselamatan dalam sesebuah kereta. Meh nak share sikit, kalau korang nak beli kereta pastikan ada VSA (Vehicle Stability Assist) dan ABS (Anti-Lock Braking System). Airbag pun wajib ada, lagi banyak lagi bagus. Sekurang-kurangnya dengan adanya teknologi ini, ia mengurangkan risiko kecederaan kepada pemandu dan penumpang semasa kemalangan. Harga kereta atau nyawa yang lebih penting?

4. Memandu Dengan Smart, Power Dan Ada Style!

car

Smart, power dan ada style yang kami maksudkan ialah si dia memandu dengan bijak iaitu mementingkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Walaupun kadang kala boyfriend korang bawa kereta laju, tapi korang tak rasa risau sebab dia memang expert dalam pemanduan. Dalam erti kata lain, seseorang yang boleh dipercayai.

enjinok

Tambahan pula kereta yang dia pakai pun smart dan power macam tuannya. Gabungan kepakaran boyfriend korang dan kemantapan kereta yang dilengkapi dengan prestasi enjin terbaik secara tak langsung buat korang rasa selamat. Gittew! 

5. Kereta Apa Yang Dia Guna Tu?

style

Sebenarnya setiap kereta yang si dia pakai melambangkan peribadi yang tersendiri tau. Sama ada seorang yang berkeluarga (kereta MPV) , gemarkan aktiviti lasak (kereta SUV) , yang bergaya (kereta sedan) ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

tay

Tapi dalam banyak-banyak jenis kereta yang ada di pasaran sekarang ini, kereta sedan paling digemari dan menjadi pilihan ramai. Kami pun guna kereta sedan sebab luas dan tak risau bila bawa family atau kawan yang ramai. Minyak pun jimat.

Lagi satu prestasi enjin kereta sedan tak pernah mengecewakan. Reka bentuk pula memang sporty, lelaki atau perempuan mesti jatuh hati kalau tenung lama-lama!

So si dia pakai kereta apa?

Dengan Honda City, Korang Dapat Semua!

smart

Yup, dapat semua! Korang dapat sebuah kereta yang sporty, ada style, penuh elegan, luas dan sangat-sangat selesa buat korang berdua ke mana sahaja bila dah kahwin nanti. Panel sentuh dan pendingin hawa automatik yang ada pada Honda City ini meningkatkan lagi kehangatan cinta korang berdua, gittew!

Soal keselamatan pula jangan risau. Boyfriend korang jaga korang mengikut cara dia dan selebihnya akan ‘dijaga’ oleh Honda City yang mendapat 5 BINTANG dalam ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP. Sangat selamat!

Screen Shot 2016-02-15 at 15.19.12

Pusing-pusing satu Malaysia dan honeymoon dengan Honda City yeah! Yang penting minyak sangat jimat bagi sebuah kereta sedan yang serba power ini. Kalau boyfriend korang memang dah pakai Honda City ni memang untunglah tapi kalau belum, tunggu apa lagi pergi book cepat!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×