berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #4

September 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tempelak! Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Someone Like You’ iaitu Adele telah membangkitkan isu selebriti yang merasuah seks untuk menjual rekod. Video klip palsu yang ditonjolkan kepada peminat dengan cara menanggalkan pakaian dalam amatlah palsu – The Sun

Jamie Oliver untuk Krismas? Brad Pitt dan Angelina Jolie merancang makan malam krismas tradisional untuk keluarga dengan meminta Jamie Oliver menjadi tukang masaknya. Kemungkinan besar, Jamie Oliver akan membantu mereka menyediakan makan malam krismas – Hello Daily News

Pecah rekod! Novel pertama JK Rowling iaitu The Casual Vacancy yang dijual pada pukul 8 pagi ini telah memecahkan rekod jualan tertinggi berbanding buku-buku lain. Sedikit sebanyak yang diketahui, kandungan yang terdapat disebalik penceritaan ini adalah bersifat rahsia. – The Telegraph

Big Bang Singapura! Tampil bergaya dengan cara tersendiri. Baru-baru ini, mereka tampil di Incheon International Airport  untuk memulakan perjalanan ke lapangan terbang Singapura bagi mengadakan konsert ‘2012 Big Bang Alive Galaxy Tour’ . – All Kpop

Dahulu Korea, kini tiba masanya untuk selebriti Taiwan takluk peminat-peminatnya! Aktres, penyanyi, dan penari iaitu Jolin Tsai yang memenangi Golden Melody Award kini muncul dengan video klip terbarunya iaitu Dr. Jolin. Jom lihat video klipnya – YouTube

SKIP THIS AD ×