berita

5 Faktor Anda Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Kereta Pertama

July 25th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Ramai orang membuat kesilapan ketika membeli kereta pertama mereka. Keterujaan untuk memiliki kereta idaman membuatkan mereka lupa untuk meneliti beberapa faktor penting yang perlu diambil kira. Paling menakutkan, ada segelintir pembeli kereta hanya memandang rekabentuk luaran. Asalkan cantik, beli terus!

Tahukah anda, bahawa kereta merupakan liabiliti? Dengan memiliki kereta, anda perlu mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi. Jadi, pilihan yang tepat harus dilakukan sebelum membeli kereta kerana ianya melibatkan perbelanjaan anda semua.

Berikut kami kongsikan 6 faktor yang perlu diambil kira sebelum memiliki kereta pertama. Penting!

Keperluan vs kehendak

Beli apa yang anda mampu, bukan anda mahu. Antara kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh orang ramai pada hari ini ialah membeli kereta dengan harga yang melebihi kemampuan. Hampir separuh daripada daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta.

Perlu kenal pasti apa tujuan anda membeli kereta tersebut.  Jika kereta yang bakal dibeli merupakan kegunaan harian ke tempat kerja atau mencari wang, itu merupakan satu keperluan namun biarlah berpada-pada dengan kemampuan.

Formula bank dalam meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika gaji anda RM2000, menurut perkiraan bank, anda mampu untuk membeli kereta dengan bayaran ansuran bulanan sekitar RM650 sebulan sahaja. Pendam terlebih dahulu keinginan untuk memiliki kereta yang lebih mahal kerana ianya bakal membuatkan kewangan anda tersepit!

Promosi menarik

Kebiasaannya pengeluar kereta akan menawarkan pelbagai diskaun menarik sepanjang tahun bagi menarik perhatian bakal pembeli. Sejujurnya, promosi paling menarik ialah pada musim perayaan! Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Malaysia Automotive Association (MAA), jumlah jualan kenderaan meningkat sebanyak 28% pada Jun 2018. Antara faktor utama kepada peningkatan ini ialah promosi menarik semasa musim perayaan dan cukai GST yang diturunkan pada kadar kosong.

Jadi, jangan tergesa-gesa ketika membuat pembelian kereta. Ambil masa untuk survey promosi menarik seperti rebat tunai dan diskaun daripada semua pengeluar kereta tempatan mahupun antarabangsa. Jangan lupa tanya jurujual korang, apa hadiah yang mereka tawarkan jika korang bercadang untuk beli kereta dengan mereka.

Yang penting jimat minyak

Jika kereta tersebut digunakan untuk kegunaan harian ke tempat kerja, faktor jimat minyak ini memang wajib diambil kira! Jika dilihat, kebanyakan pengeluar kereta hari ini mengutamakan dan membangunkan enjin yang jimat minyak dan cekap tenaga. Malah ianya digunakan sebagai unique selling point (USP) bagi mempengaruhi bakal pembeli.

Sebagai contoh, anggaran penggunaan minyak bagi model Perodua Myvi 2018 (1.3L)  ialah 21.1km bagi setiap liter. Setiap model mempunyai kadar penjimatan minyak yang berbeza. Namun perlu diingat, kadar penjimatan minyak ini juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti pemanduan.

Banding reputasi jenama

Jangan terkejut, ramai pembeli membuat pertimbangan sebelum membeli kereta berdasarkan pengalaman peribadi, reputasi pengeluar kereta dan ulasan daripada pemilik kereta. Bagi memastikan kereta yang anda bakal beli itu nanti kurang bermasalah, buat survey menerusi bacaan ulasan-ulasan pemilik model kereta tersebut.

Ulasan-ulasan yang jujur dan tepat ini kebiasaannya boleh dibaca dan diperolehi menerusi ruangan forum, laman web seperti Carlist, group Facebook dan sebagainya. Anda pasti terkejut kerana wujud beberapa jenama yang sudah jauh kehadapan dan mampu menyaingi jenama gah lain. Rajin-rajin lah membaca ya!

Pandu uji

Selepas mengambil kira semua faktor di atas, luangkan masa untuk pandu uji kereta idaman anda. Pastikan anda berpuas hati dengan sesi pandu uji tersebut. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah keselesaan, pemanduan, kecekapan, respon dan beberapa faktor lain.

Pendek kata wajib pergi test drive kerana anda akan menggunakan kenderaan tersebut pada satu tempoh yang sangat lama. Jangan malu untuk bertanya dengan lebih lanjut kepada salesman tentang model yang anda nak beli itu. Dah puas hati baru confirm beli! Penting juga untuk tahu apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta tersebut seperti berapa jumlah airbag terpasang yang sedia ada dan berapa jumlah skor ASEAN NCAP.

DRIVE: Auto Fair 2018

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang kereta idaman yang anda idamkan jika berkunjung ke pameran automotif Drive: Auto Fair 2018 yang dibawakan oleh laman web automotif nombor satu di Malaysia, Carlist.my

Acara yang bakal berlansung selama 3 hari pada 27 hingga 29 Julai itu pastinya bakal menawarkan pelbagai ganjaran dan promosi menarik khas buat peminat arena permotoran negara. Antara jenama terkenal yang akan tampil dengan pelbagai tawaran menarik disamping mempamerkan jentera terbaik mereka pada Drive: Auto Fair 2018 kali ini ialah BMW, Mazda, Isuzu, Honda, Perodua, Subaru, Nissan, Maxus dan banyak lagi.

Jadi, kalau korang sedang merancang untuk membeli kereta idaman, inilah masanya! Lebih menarik, sekarang cukai GST pada kadar sifar. Jangan lupa bawa keluarga bersama sebab pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya simulasi permainan lumba kereta, tayangan program popular oleh iflix, belon udara panas, perlumbaan go-kart dan banyak lagi. Food truck pun ada tau! Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai ke Setia City Convention Centre pada 27 hingga 29 Julai ini. Boleh menang Nissan X-Trail Aero Edition tau!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Drive: Auto Fair 2018, boleh layari https://www.carlist.my/drive/shahalam/2018. Masuk adalah percuma!

SKIP THIS AD ×