berita

5 Hari Hilang, Remaja Dakwa Dikurung Pembeli iPhone Menyamar Jadi Polis

March 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral satu kisah di mana seorang remaja yang merupakan penjual telefon bimbit dilaporkan hilang selama lima hari oleh keluarganya.

Artikel berkaitan: ‘Mama  Tunggu Abang Yu Balik Sayang’ – Remaja Keluar COD iPhone Dah 5 Hari Hilang

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, remaja berusia 25 tahun itu akhirnya berjaya ditemui. Difahamkan, dia dikurung di sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka dan suspek juga menyamar sebagai anggota polis untuk memperdayakan mangsa.

Tidak diberi makanan

Mangsa menceritakan pengalaman cemas itu semasa bertemu dengan ‘pembeli’ iPhone di lokasi yang dijanjikan di Sungai Besi. Pada mulanya, mangsa dijemput ‘si pembeli’ ke dalam sebuah kenderaan dengan alasan tidak mahu sesiapa nampak sejumlah wang yang dibuat untuk urusan jual beli itu.

Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan. Saya ketika itu tunggu hampir sejam kerana lelaki itu memberi alasan ingin mengeluarkan wang terlebih dahulu.

Sebaik dia tiba, lelaki itu meminta saya mengikut dia masuk ke dalam keretanya di parkir di bawah banggunan itu kononnya tidak mahu orang nampak ketika mengira wang yang dibawanya itu. Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.

Menyamar jadi polis

Sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah di Ayer Keroh untuk ditahan, dia telah diberi sebanyak 10 biji ubat sebagai salah satu taktik untuk menidurkan mangsa. Bukan itu saja, suspek dan rakannya juga menyamar sebagai anggota polis untuk memperdayakan mangsa.

Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar. Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, kesemua suspek telah berjaya ditahan pihak polis dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×