berita

5 Lagu Raya ‘Legend’ Ini Diberi Sentuhan Jazz Klasik, Hasilnya? Memang Best!

May 28th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Walaupun Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan cara berbeza, kemeriahan Syawal tetap dirasai tatkala mendengar lagu raya berkumandang di corong radio. Baik lagu lama mahupun lagu baru, bait-bait lirik lagu raya bukan sahaja mampu menceriakan mood hari raya anda, malah boleh bergenang air mata!

#CoverLaguRaya

Bagi meraikan Syawal tahun ini, Primeworks Studios (PWS) telah menghasilkan #CoverLaguRaya yang merangkumi lima muzik video istimewa untuk dikongsi bermula Syawal pertama sehinggalah Syawal kelima pada pukul 12.00 tengahari menerusi Facebook dan YouTube TV3.

Album ini menampilkan Fly & The Gypsy Cats, dan memilih empat buah lagu raya yang malar hijau (evergreen) dan sebuah lagu baharu ciptaan Audi Mok dan Datuk Ahmad Izham Omar. Lagu-lagu klasik Hari Raya ini diberi sentuhan susunan muzik yang amat menarik yang berlandaskan irama jazz klasik.

Selamat Hari Raya

Dendang Perantau

Selamat Hari Raya (Aidilfitri Hari Mulia)

Suasana Hari Raya

Huawei Di Hati

Rancangan #CoverLaguRaya ini diterbitkan oleh Sasha Nath, suntingan oleh Amirul Azmi di samping Nini Yusof dan Datuk Ahmad Izham Omar sebagai Penerbit Eksekutif daripada Primeworks Studios