berita

50% Dari 2,411 Rakyat Malaysia Alami Diskriminasi Pendidikan

September 20th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Sekolah Semua dan Persatuan Pendidikan Diversiti Malaysia (AOD Malaysia) menerusi satu tinjauan nasional yang dilakukan terhadap 2,441 responden mendapati kira-kira 50% daripada jumlah tersebut telah mengalami diskriminasi dalam pendidikan.

Daripada jumlah tersebut, 36% mengalami diskriminasi lisan, 21% mengalami gangguan atau buli, dan 18% dinafikan akses kepada peluang disebabkan identiti mereka.

Diskriminasi pendidikan

Responden muda (18-30) melaporkan lebih banyak pengalaman mengenai diskriminasi (59%) dalam pendidikan berbanding orang Malaysia yang lebih tua (46+ 43%; 31-45 45%).

Sementara itu, responden India melaporkan kadar tertinggi mengalami diskriminasi lisan (54%) dan dinafikan akses kepada peluang disebabkan identiti mereka (40%) berbanding dengan kumpulan kaum lain.

Responden bukan Bumiputera (Cina 82%; India 85%) lebih cenderung daripada responden Bumiputera (66%) untuk mengklasifikasikan pengambilan berdasarkan kaum untuk kemasukan ke sekolah sebagai bentuk diskriminasi.

Diskriminasi berdasarkan tahap sosio-ekonomi dalam pendidikan dialami oleh semua kaum, jantina dan kumpulan umur pada tahap yang sama (43-51%).

Majoriti daripada mereka yang melaporkan mengalami diskriminasi dalam pendidikan tidak melaporkannya kepada guru, pentadbiran sekolah, ibu bapa ataupun polis (54%) kerana mereka berasa laporan tidak akan membawa perubahan.

Sekolah Semua ialah kempen sukarelawan anjuran AOD Malaysia yang bertujuan untuk membanteras diskriminasi berdasarkan identiti dalam pendidikan, yang merangkumi pelbagai identiti seperti bangsa, agama, jantina, bahasa dan kelas sosio-ekonomi. Sekolah Semua telah melancarkan platform pelaporan kes diskriminasi di sekolah serta menjalankan penyelidikan untuk mengembangkan pemahaman masyarakat mengenai masalah diskriminasi.

Laporan teknikal dan data terbuka boleh dimuat turun di sini.

SKIP THIS AD ×