Siapa dekat sini penggemar makanan daripada Indonesia? Selain ayam penyet yang cukup terkenal di sini, menu makanan lain turut menjadi kegemaran rakyat tempatan.
Kata orang, makanan dari Indonesia ini memang ‘kena dengan tekak’ atau ‘boleh masuk’ dengan selera kita yang tidak jauh berbeza dengan mereka di sana.
Hari ini kami nak kongsikan satu lagi tempat makan yang sering dikunjungi oleh penggemar makanan dari seberang. Dengan 6 level kepedasan sambal, pasti bakal buat korang terangkat lah!
Rajanya Sambal
Rumah Makan Cibiuk yang terletak di MITC Ayer Keroh Melaka ini baru sahaja beroperasi sekitar October tahun lalu namun sambutan daripada orang ramai memang sungguh menggalakkan.
Menggunakan tagline ‘Rajanya Sambal’, pelanggan berpeluang memilih sendiri lebih daripada 6 jenis sambal yang disediakan secara percuma. Setiap sambal ada level berlainan sehingga level 6! Itu memang betul-betul terangkat!
Menu istimewa dari Sunda
Antara menu-menu menarik yang korang boleh cuba di sini ialah nasi paket ayam kampung bakar, nasi timbel komplit ayam, tilapia goreng kipas, dan banyak lagi menu istimewa.
Yang menariknya ke semua menu istimewa didatangkan dan dimasak khas oleh chef dari Indonesia. Kalau datang dengan keluarga, boleh try set Garut, Jakarta atau Bandung.
Oh ye, untuk dessert jangan lupa order es durian iaitu campuran air kelapa muda, durian, aiskrim dan jeli. Tak rugi cuba. Pisang keju dia pun sedap.
Ruang yang luas & selesa
Bilik meeting & ruang private untuk majlis
Alamat : Rumah Makan Cibiuk MITC, No. 8 & 10, Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450, Ayer Keroh, Melaka
Contact : 011-20635903, 0132613530
Waktu Operasi : Sabtu – Khamis 11 Pagi – 11 Malam, Jumaat 2.30 Petang- 11 Malam
Facebook : Rumah Makan Cibiuk MITC