berita

6 Perkara Yang ‘Wow’ & ‘Krik Krik’ Di Akademi Fantasia 2015

August 17th, 2015 | by Wan
Kini Trending

af2015

Semalam telah berlangsung konsert minggu kedua Akademi Fantasia 2015 yang menyaksikan 12 peserta tampil dengan persembahan yang cukup meyakinkan. Minggu lepas konsert penentuan.

Seperti musim-musim yang terdahulu, Akademi Fantasia tidak pernah lekang dengan kejutan dan pembaharuan. Iyalah takkan nak maintain dengan format yang sama kan?

Ternyata ramai yang masih menonton AF2015. Berikut merupakan 6 perkara yang menarik dan yang ‘krik krik’ sepanjang konsert kali ini.

Juri yang mantap, tapi Che Ta?

af6

AF2015 kali ini menampilkan Datuk Ramli MS, Amy Search dan Rozita Che Wan. Namun ramai penonton mempersoal kredibiliti Che Ta yang dipilih untuk menjadi juri.

Screen Shot 2015-08-17 at 1.57.39 AM Screen Shot 2015-08-17 at 1.58.22 AM

Jangan lah macam itu, mungkin Che Ta dah diberi peranan khas untuk komen drama-drama semasa nyanyian? Mungkin..

Scene drama ketika persembahan

af8

Maklum lah kan ada ibu Fauziah Nawi dan Que Haidar untuk barisan tenaga pengajar kali ini. So far not bad, kreatif. Dah macam tengok musik video pun ada.

Tapi kami suka tengok masa scene girlfriend curang itu, reply message guna lirik lagu je.

Bila, comel + chubby jadi perhatian

af9

Walaupun berbadan besar dan chubby gittew namun ia bukan halangan buat Bila. Persembahan pun okay, confident level cukup tinggi siap menari-nari lagi.

Alah Aizat Amdan dulu pun chubby, tengok sekarang famous juga. Zaman sekarang orang tengok bakat, bukan rupa semata.

Peserta lelaki menonjol berbanding peserta perempuan?

Screen Shot 2015-08-17 at 1.48.36 AM

Boleh tak kalau kami nak simpulkan yang peserta lelaki pada malam semalam lebih menonjol dan bagus berbanding peserta perempuan. Bagi kami Sufi paling menonjol dan ternyata pengalaman yang ada membantu dirinya .

Antara nama-nama lain yang turut berjaya memikat hati kami ialah Syamel dan Faroq. Peserta perempuan pun ada yang best macam Lisa cuma yang lain ‘enjin’ tak panas lagi kot?

Zizan & Faizal Ismail lagi?

af10

Bukan kami yang cakap tapi penonton. Walaupun pernah digandingkan bersama namun kata mereka macam tak ngam dan tak kelakar.

Screen Shot 2015-08-17 at 1.49.46 AM

Come on la Zizan kot, kenapa tak kelakar pula?

Ujibakat Insta

af11

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa empat pelajar yang berjaya memasuki AF2015 iaitu Openg, Bila, Iqwan dan Lisa adalah merupakan peserta yang dipilih daripada Ujibakat Insta AF2015 anjuran Hotlink.

Apa-apa pun moga peserta tahun ini dapat menunjukkan persembahan yang memukau pada persembahan akan datang. Buktikan yang AF2015 tak membosankan.

P/S : Tahun lepas siapa menang? Mana dah sekarang? Hihi

Sumber foto : Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×