Seorang wanita menyimpan 63 bangkai kucing, seekor bangkai anjing dan 80 haiwan masih hidup di sebuah rumah di Bangkok. Laporan dibuat oleh penduduk setempat yang risau akan berlaku pengabaian terhadap haiwan-haiwan tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Bayar Apa-Apa’ – Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor
Bangkai disimpan dalam peti ais
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan The Thaiger, terdapat 80 ekor kucing dan anjing yang diabaikan di kediaman itu. Ada yang dikurung dalam sangkar dan ada juga yang dilepaskan berkeliaran. Watchdog Thailand bersama pasukan polis dari Balai Polis Khan Na Yao dan Jabatan Ternakan memeriksa rumah tersebut dan menemui beberapa perkara lain.
Ada haiwan yang masih hidup dan terpaksa makan bangkai haiwan yang lain akibat kelaparan. Ada juga yang telah mati lebih dari setahun.
Yang paling mengejutkan apabila kami menemui beberapa bangkai ekor kucing yang diletakkan dalam beg plastik hitam dan disimpan dalam peti sejuk.
Polis menyatakan wanita 40 tahun itu cuba melarikan diri apabila kediamannya diserbu. Namun, kereta yang dipandu merempuh satu dinding dan suspek tidak menyedarkan diri. Suspek dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum siasatan ke atasnya dijalankan.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa selamat membawa 80 haiwan ke hospital haiwan untuk menerima rawatan dan akan berada dibawah jagaan Yayasan Pemuliharaan Gajah dan Alam Sekitar di Chiang Mai.
Sumber: The Thaiger