berita

7 Anugerah Kategori Utama Milik Media Prima

December 3rd, 2021 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad menguasai 7 anugerah kategori utama semalam menerusi Majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2020, yang turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Di kala negara dilanda dengan pandemik Covid-19, para wartawan kita tetap menggalas tanggungjawab berat dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat informasi terkini, berkualiti dan telus tanpa menghirau keselamatan mereka. Usaha mereka berbaloi apabila meraih anugerah yang tidak pernah diimpikan.

Satu pengiktirafan industri media

7 kategori yang dimenangi Media Prima Berhad ini termasuklah pemenang emas, Kategori Wartawan Muda A Samad Ismail yang menjadi milik Wan Zairul Azri Bin Wan Mohammad Sudin dari TV3 dengan laporan menarik bertajuk Dilema Haji, Krisis Negeri Bawah Bayu, Covid-19 : Kita Pasti Menang (link). Kemenangan ini turut melayakkan beliau menerima hadiah kemenangan RM 5,000 beserta sijil dan trofi.

Wan Zairul berkata, ini merupakan kemenangan pertama dirinya selama lapan tahun terlibat dalam bidang kewartawanan.

Saya tak sangka terpilih sebagai pemenang. Pengalaman yang ditimba masih tidak cukup dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan berusaha untuk memberikan informasi-informasi yang lebih berkualiti. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya keluarga besar Media Prima Berhad kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya.

Kemenangan ini juga berpihak kepada produksi Majalah 3 apabila mereka berjaya meraih emas bagi Kategori Dokumentari Video Terbaik yang berjudul Benteng Biru Hijau. Menurut Penerbit Eksekutif Majalah 3, Gan Bock Khim, kejayaan kali ini merupakan pengiktirafan industri media Malaysia kepada corak dan penceritaan program Majalah 3 yang sinonim dengan kisah wira- wira tidak didendang dan dihayati oleh pelbagai golongan masyarakat.

Majalah 3 akur kejayaan ini hanya dapat dikecapi dengan sokongan padu daripada semua pihak terutama pihak pengurusan Media Prima Berhad dan teknikal seperti juru kamera, juru teknik dan juru lampu. Ini merupakan kejayaan berpasukan khasnya buat Media Prima Berhad.

Kemenangan ini turut melayakkan mereka membawa pulang RM 10,000 sijil dan trofi. Pasukan penerbitan Majalah 3 diketuai oleh Penerbit Eksekutif, Gan Bock Khim, Penerbit Christine Lee Mei Chin, Jurukamera Mohd Hasani Bin Yamin dan Mohd Hairul Izuan Aminuddin serta Juruteknik, Sivasangaran A/L Gopal.

NSTP dominasi

Selain itu, Harian Metro dan New Straits Times turut memenangi Kategori Laporan Berita Cemerlang dan Penulisan Rencana Cemerlang sementara Berita Harian memenangi Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik. Selain dua kategori yang dimenangi Harian Metro, New Straits Times juga memenangi Kategori Laporan Berita Cemerlang dan Penulisan Rencana Cemerlang manakala Berita Harian memenangi Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik.

Nur Wanah Kiramli dari TV3 juga turut memenangi Anugerah Media MSOSH 2021 menerusi tajuk Rantaian Survival yang diumumkan pada 26 November lalu. Anugerah ini merupakan anjuran bersama The Malaysia Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysia Press Institute (MPI).

SKIP THIS AD ×