berita

7 Cara Murah Untuk Manjakan Yang Tersayang Selepas GST

April 15th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

bubble

Baru baru ini kerajaan telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau nama popularnya GST!

Sudahlah kos hidup makin meningkat, gaji tak seberapa ditambah pula dengan GST. Pendek kata hampir semua barangan atau perkhidmatan dikenakan GST.

smile

Disebabkan GST ini juga ramai para ibu terpaksa menyemak dan menyusun semula perbelanjaan keluarga. Tak terkecuali yang bujang, kalau sebelum ni dah plan macam-macam bersama girlfriend tapi kali ini kena berpada-pada.

Jangan risau walaupun GST tengah melanda negara, jangan jadikan ia alasan untuk korang cancel segala plan bersama kekasih hati. Tak kisahlah girlfriend ke, isteri ke ataupun ibu dan adik beradik anda. Nah, berikut kami kongsikan 7 cara murah untuk manjakan yang tersayang selepas GST.

1. Main Giant Bubble Atau Layang-Layang

lyg2

Korang tak perlu modal yang banyak untuk main giant bubble ini. Hanya berbekalkan RM10, korang dapat luangkan masa bersama dan manjakan si dia.

Asal dia happy betul tak? Buat apa plan benda yang mahal-mahal tapi si dia tak happy kan?

2. Kunjungi Muzium Warisan

muziumnegara

Asyik lepak shopping mall je, sekali sekala apa salahnya bawa yang tersayang pergi ke muzium pula? Percayalah masa yang yang diluangkan sangat bermakna buat dirinya.

Lagi bagus kalau korang buat kajian sikit tentang barang-barang dekat muzium itu, bila si dia tanya semua korang tahu. Macho bukan?

3. Panjat Bukit, Tonton Matahari Terbit

Screen Shot 2015-04-09 at 12.14.46 PM

Kebelakangan ini kami tengok dah macam jadi satu trend pula panjat-panjat bukit. Tak memerlukan modal yang banyak, korang berdua hanya perlukan kasut, baju sukan, dan sebotol air mineral mungkin? Alah cari bukit yang rendah-rendah je, kira sesuai untuk luangkan masa dengan yang tersayang.

4. Belanja Pre-loved Item

image-1743

Lazimnya barangan pre-loved seperti pakaian, barang elektrik, kasut dan sebagainya dijual dalam keadaan yang masih elok.

Kalau korang pandai cari, ada barangan yang masih lagi tak digunakan tapi dijual dengan harga yang murah. Banyak website yang jual barangan pre-loved ni. Siapa yang tak suka shopping kan?

5. Manjakan Diri Dengan Fruitale

okk

Si dia mesti terkejut kenapa tiba-tiba hadiahkan shower cream kan? Tapi chill jangan risau, kami yakin dia akan suka dengan kesegaran dan keharuman 100% ekstrak buah-buahan Fruitale.

Oh ya Fruitale ada buat satu game dekat Facebook, memang cukup mudah. Silap hari bulan korang boleh menang pakej spa setiap minggu! Ye setiap minggu! Rugi tak join.

Screen Shot 2015-04-09 at 1.22.53 PM

Jadi tunggu apa lagi, jom lah lawan highscore kami. Ada bran?

6. Download Movie & Drama Korea Untuk Yang Tersayang

4274_Heirs_Slider_1

Ini cara paling murah dan mudah untuk korang manjakan si dia. Download semua drama mahupun movie korea kegemarannya dan letak dalam external hard disk. Si dia pasti tersenyum gembira, walaupun pemberian korang ini tak lah seberapa tapi usaha yang ditunjukkan memang wajar dipuji.

7. Bawa Jalan-Jalan Ke Car Boot Sale

carboot

Buat korang yang tak pernah merasai pengalaman pergi ke car boot sale, boleh lah bawa si dia. Kebiasaannya car boot sale ini dijalankan sekitar hari minggu.

Kadang-kadang kita tak plan pun nak beli apa tapi bila sampai sini, semua benda nampak menarik. Yang istimewanya harga sangat murah! Korang boleh google lokasi-lokasi car boot sale ni.

SKIP THIS AD ×