berita

7 Cara Paling Cepat Nak Habiskan Kuih Raya Yang Masih Berlambak Dekat Rumah Korang Itu

July 29th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

KUIHRAYA

Itulah masa beli dulu bukan main tamak haloba, semua jenis kuih raya kalau boleh nak beli. Itu belum masuk dengan marukunya, kerepek ubinya. Pendek kata, penuh meja.

Okay sekarang kami nak tanya, habis ke tidak semua kuih raya yang korang beli itu? Kalau tak habis jangan buang, baca 7 tips kami ini.

Alang-alang dah beli banyak itu.

1. Jemput kawan-kawan datang rumah, cakap ada open house

mah

Takyah susah-susah, goreng je bihun. Ingat matlamat korang nak menghabiskan kuih raya je.

2. Suruh suami letak dekat masjid lepas sembahyang jumaat, confirm habis

jumaat

Daripada korang membazir, baik suruh suami bawa ke masjid. Jangan pula bawa yang dah expired.

3. Beli bakul dan buat hamper, bagi dekat bos. Hamper raya gitu

hamper

Alah buat yang simple dan mudah je. Biasanya orang bagi hamper sebelum raya kan? Tak apa korang cakap je terlupa nak bagi hari itu.

4. Jadikan kuih raya sebagai dessert. Siapa suruh beli banyak-banyak, sekarang kau makan!

kuk

5. Beritahu officemate lunch esok korang belanja. Belanja kuih raya, lol!

lunch

6. Simpan untuk raya tahun depan, boleh ke?

kid

7. Hantar dekat office OHBULAN!

Jpeg

Kalau tak tahu juga nak buat apa dengan kuih raya yang berlambak itu, korang boleh hantar ke office kami. Sangat dialu-alukan. Nah alamat.

Screen Shot 2015-07-29 at 3.02.57 PM

Itu je sebenarnya tujuan kami tulis artikel ini sebab kuih raya dekat office kami dah habis. Hantar banyak-banyak okay! Lol!

SKIP THIS AD ×