berita

7 Cara Untuk Selamatkan Dunia Walaupun Korang Bukan Superheroes!

December 30th, 2014 | by Wan
Kini Trending

superman

Korang pernah tak terfikir untuk jadi superheroes bila menonton filem-filem seperti Batman, Superman, Iron Man dan banyak lagi. Biasanya benda macam ini kanak-kanak yang terlebih feeling, bila ditanya kenapa nak jadi superheroes, mereka akan jawab nak lawan orang jahat lah!

Bagi kami, korang tak perlu jadi seorang superheroes untuk selamatkan dunia daripada kejahatan! Tak perlu ada kuasa luar biasa, boleh terbang, boleh berjalan atas air dan sebagainya. Cukup jadi diri korang yang sebenar!

Cari Kelebihan Dan Kekuatan Diri Yang Boleh Membantu Orang Lain

Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Cari kelebihan korang, cuba untuk manfaatkan kelebihan itu untuk tolong orang lain yang memerlukan.

super

Mulakan Dengan Selalu Memberi

Apa yang kita beri kepada orang lain hari ini mungkin boleh mengubah kehidupan dia, siapa tahu kan? Bill Gates tubuhkan Bill Gates Foundation untuk bantu orang ramai, kenapa? Sebab dia tahu memberi ialah kunci utama untuk perubahan orang lain. Macam pakar motivasi la pula!

help-people-quotes-1

Beri Peluang Kepada Orang Lain Untuk Develop Diri Dia!

Jangan under estimate orang lain! Beri peluang dan bantuan kepada orang lain untuk develop skill yang di ada. Kalau korang tak bagi peluang, macam mana orang lain nak selamatkan dunia juga. The Avengers pun ada team kot!

http---makeagif.com--media-12-17-2014-13WyuA

Berkongsi Pengetahuan Dan Pengalaman Dengan Orang Ramai

Korang dulu pun start dengan tak tahu juga kan, noob. So bila korang dah tahu, share lah ilmu itu dengan orang lain. Ilmu yang baik kalau kongsi ramai-ramai bekalan sampai akhirat. Amin!

obama teach

Jadi Lain Lari Yang Lain,Perintis!

Yang ini korang kena berani, berani mencuba sesuatu yang baru dan berani ambil risiko. Tun Mahathir pun siapkan KLCC dan Putrajaya bukan dalam masa sehari!

vandam

 

Beri Contoh Yang Terbaik Kepada Orang Ramai Untuk Sama-Sama Capai Matlamat!

Kalau korang tak tunjukkan contoh yang terbaik, macam mana orang lain nak ikut? Contohnya ketua keluarga lah, bapa kena tunjuk contoh yang baik untuk anak.

ketam

Kuat Mental Dan Fizikal! So Korang Boleh Hadapi Apa Saja Yang Bakal Berlaku

Bersedia dari segi mental dan fizikal! Mental itu maksud kami dari segi emosi, iyalah tak mudah patah semangat dan sebagainya. Fizikal itu korang pergi lah cari mana-mana tok guru yang boleh ajar silat. Hehe

http---makeagif.com--media-12-17-2014-OLo4MQ

Kita semua ialah pencetus dan perintis yang yang boleh selamatkan dunia dengan hanya menjadi manusia biasa, tak perlu jadi superheroes! Kami cadangkan korang luangkan sedikit masa untuk menonton filem Seventh Son yang bakal ditayangkan pada 31 Disember  ini nanti.

Padat dengan aksi menentang kuasa jahat, Seventh Son menjanjikan suatu kelainan yang takkan pernah ada dalam filem lain. Jom sama-sama selamatkan dunia! Nah kami sediakan trailer filem Seventh Son.

 

 

 

SKIP THIS AD ×