Dulu dekat sekolah rasanya subjek matematik tambahan antara subjek yang paling susah dan rumit. Mana tidaknya buat kiraan panjang-panjang tapi belum tentu dapat markah. Itu cerita dulu lah.
Di zaman yang serba canggih sekarang ini pelbagai bahan bantuan belajar telah dihasilkan bagi membantu pelajar untuk lulus dengan cemerlang.
Namun kami cukup tertarik dengan perkongsian seorang guru ini tentang teknik-teknik belajar matematik dan matematik tambahan secara mudah. Siap ada kartun-kartun lagi tu.
Teknik Mudah
Sehingga kini perkongsian cikgu berkenaan sudah mendapat lebih 15 ribu ‘share’ di Facebook dan menarik perhatian ramai.
Formula hikmat
Teknik cawan & payung pun boleh
Ohh macam tu..
Ingat lagi yang ni?
Macam-macam teknik
Untuk pengetahuan korang, banyak lagi teknik-teknik menarik yang dihasilkan. Korang boleh check page “Fomula Hikmat dari Kipas Hikmat“.
Rasanya bukan hanya kepada pelajar sekolah, yang dah kerja pun turut sama mengimbau ‘ilmu’ matematik mereka. Pada masa sama boleh share dengan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Apa-apa pun kami respect dengan kesungguhan cikgu ini. Gigih lukis-lukis lepas tu share dekat Facebook. Betul lah cikgu ibarat lilin kan?
Pembetulan : Tcer Ita hanya berkongsi teknik-teknik menarik ini sahaja. Ia sepenuhnya milik Cikgu Nazar