berita

7 Perkara Penyanyi Buta RomanCinta Yang Amat Mengejutkan

January 19th, 2015 | by Wan
Kini Trending

calips

Mengangkat tema ‘Gema Dalam Musik’, lagu ‘Apa Khabar’ nyanyian Joe Flizzow dan Sona One akhirnya dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29)  pada kali ini.

Disebalik persembahan memukau daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Alyah, Hafiz dan Dayang Nurfaizah, pastinya ramai pihak tertanya-tanya siapa kumpulan yang membuat persembahan bersama dengan Mojo.

Vokal yang mantap dan bertenaga daripada vokalis Caliph Buskers berjaya menghangatkan malam anugerah. Namun siapa sebenarnya mereka ini sehingga mampu menitiskan air mata penonton yang menyaksikan persembahan pada malam itu?

Kumpulan Busker OKU

clipsss

Siapa sangka kumpulan Caliph Buskers yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU)  cacat penglihatan ini diberi peluang untuk bersama-sama mempersembahkan bakat luar biasa mereka di pentas Angerah Juara Lagu. Namun disebalik kekurangan itu, mereka mempunyai bakat bermain alat muzik dan mempunyai suara yang merdu

Menyanyi Depan Sogo

Kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli ini sering kali membuat persembahan di sekitar Sogo dan Avenue K. Caliph Buskers juga telah bersama MYBC yang merupakan sebuah pertubuhan berdaftar yang menggabungkan golongan Penghibur Jalanan bagi mentransformasi industri busking dan menaiktaraf karier buskers.

Pendapatan RM50 – RM60 Sehari

hmm

Caliph Buskers yang dianggotai oleh Fendy, Mohd Zaki, Nirwan Zainal, Khairul Azmi, Nor Nadira dan Syahzmeen ini telah ditubuhkan sejak setahun yang lalu. Kebiasaannya mereka meraih pendapatan sekitar RM50 hingga RM60 sepanjang 3 jam membuat persembahan setiap hari kecuali Jumaat. Antara sebab mengapa mereka hanya membuat persembahan selama 3 jam ialah ingin berkongsi rezeki dengan busker yang lain.

Persembahan Di Majlis Kahwin Alif Satar

aziz

Percaya atau tidak, Caliph Buskers juga pernah diundang untuk menghiburkan tetamu yang hadir di majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Alif Satar. Malah Caliph Buskers turut beberapa kali diundang pelbagai pihak untuk mempersembahkan bakat mereka.

Ganti Penyanyi Asal Aweera

Ternyata langkah Edry untuk tidak menggunakan khidmat Aweera sebagai vokalis bagi mempersembahkan lagu Romancinta sungguh tepat. Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan cukup baik sekali malah turut mendapat standing ovation dari penonton yang hadir.

Menang Persembahan Terbaik AJL 29

menang

Rata-rata penonton yang menyaksikan AJL 29 di Stadium Bukit Jalil mahupun di rumah pastinya terpukau dengan suara dan bakat terpendam yang dimiliki oleh Caliph Buskers. Usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memenangi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29. Mereka memang layak!

Juara Sebenar Buat Rakyat Malaysia

lost but win

Bagi kami Caliph Buskers merupakan pemenang di telinga, mata dan hati seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-29. Walaupun dilahirkan dengan serba kekurangan jika dibandingkan manusia normal, namun berbekalkan bakat dan semangat yang ada, merekalah pemenang sebenar.

Untuk korang yang terlepas untuk menyaksikan persembahan Mojo bersama dengan Caliph Buskers, nah saksikan video di bawah.

 

SKIP THIS AD ×