Siapa dekat sini tengok program terbaru TV3, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) semalam? Macam mana okay ke tak? Untuk pengetahuan, QPBBB merupakan program terbaru yang menggabungkan dua genre iaitu sketsa komedi dan nyanyian.
Sambil melawak, sambil menyanyi katanya. Tapi yang peliknya sepanjang program tersebut bersiaran susah untuk kami ketawa. Malah ramai pengguna sosial media mengkritik program tersebut. Apa yang tak kena?
Ternyata sketsa komedi yang cuba ditampilkan oleh hampir keseluruhan kumpulan yang bertanding cukup mengecewakan dan tak kelakar. Maaf.
Ye kami tahu kesemua yang bertanding merupakan produk daripada program Bintang Mencari Bintang (BMB). Malangnya mereka tak mampu dan gagal untuk capai ‘standard’ program lawak seperti ini. Kecuali Fad, Abam dan Bocey.
Sepanjang persembahan daripada kumpulan yang bertanding, mereka tak henti-henti menyebut ‘Qu Puteh’ dan ‘Pamoga’. Yang tak boleh tahan, siap dilagukan.
Ye Dato Vida merupakan penaja utama untuk program ini tapi penampilan beliau sebagai salah seorang juri bukanlah satu keputusan yang tepat. Of course la dia puji kalau ada kumpulan yang mention produk dia.
Sebelum pertandingan bermula, pihak penerbit awal-awal lagi dah sudah memaklumkan dua genre utama yang bakal diketengahkan untuk program ini. Kalau sketsa komedi pun tak kelakar, nyanyian pula ke laut, apa yang nak dipertandingkan sebenarnya? Kecuali Aepul Drama Band.
Kalau kita yang dekat rumah ini pun rasa segan nak ketawa, ini kan pula penonton di studio. Untuk sebuah program lawak, suasana di dalam studio tersebut boleh digambarkan sebagai cukup tidak ceria. (Berdasarkan fokus camera terhadap reaksi penonton).
Harap episod seterusnya nanti bertambah baik daripada sebelumnya. Bukan apa, kasihani lah penonton. Peace!