berita

8 Sebab Aina Lebih Berbaloi Untuk Diundi Sebagai Juara #MentorLegend

February 21st, 2015 | by Wan
Kini Trending

okuu

Diam tak diam rupanya Mentor Legend telah pun sampai ke peringkat akhir. Tiga protege Azmil, Aina, dan Sarah bakal berentap merebut hadiah kejuaraan RM300,000.

Setelah beberapa minggu bersaing dalam peringkat kumpulan dan separuh akhir, ketiga-tiga protege ini berjaya menempatkan diri ke final hasil undian juri tetap juri awam dan undian SMS.

Jadi siapakah bakal mencipta sejarah bergelar juara Mentor Legend? Pilihan kami, Aina. Pilihan korang, korang punya suka lah.

Persembahan Konsisten

aina2

Sejujurnya persembahan Aina di sepanjang konsert Mentor Legend ini agak konsisten malah sering mendapat pujian juri. Nampaknya Aina berjaya memikat hati peminat seawal konsert pertama dan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahannya sehingga berjaya ke final.

Penampilan Semakin Menarik

aina3

Walaupun bertudung, Aina seharusnya pandai memilih fesyen yang bersuaian dengan dirinya. Sehinggakan pada satu ketika Adlin terpaksa memberikan komen tentang pakaian Aina yang didakwa seperti makcik-makcik dan ustazah.

Menganggap komen tersebut sebagai satu teguran yang berguna, Aina pantas tampil dengan penampilan yang lebih meyakinkan pada konsert seterusnya.

Pemenang Vocalist of The World 2014 WCOPA 2014

Siapa sangka Aina rupanya pemenang World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles bagi kategori Vocalist of The World. Sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia di WCOPA, Aina terlebih dahulu terpaksa bersaing hebat dengan 13 peserta lain antaranya juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit.

Juara Pelbagai Pertandingan Nyanyian

aina5

Keputusan Ella memilih Aina sebagai protegenya adalah satu keputusan yang begitu tepat. Ternyata Aina mempunyai bakat yang luar biasa malah kerap memasuki pertandingan nyanyian. Antaranya ialah :

  • Golden Voice Of MBPJ (Tempat Pertama 2012)
  • Bintang Idola Berita Harian (Tempat Kedua 2011)
  • Irama 1 Malaysia RTM (Finalis 2010)
  • Metro Idol (2010)
  • Bintang Remaja RTM

Bakat Aina mula dikesan sejak sekolah rendah oleh gurunya dan mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sekitar Negeri Sembilan.

Vokal Mantap

https://www.youtube.com/watch?v=jATZ4li5GHo

Seawal konsert pertama kami sudah mengagumi vokal yang dimiliki oleh Aina. Apa yang boleh kami katakan ia jauh lebih bagus berbanding peserta Akademi Fantasia.

Ramai Peminat Di Media Sosial

kom

Berdasarkan pemerhatian kami di laman sosial, Aina ternyata mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Video nyanyian Aina yang dimuat naik di laman sosial kerap mendapat pujian daripada peminat jika dibandingkan protege yang lain.

Confident Level Tinggi

meme

Walaupun Aina satu-satunya peserta bertudung yang bersaing pada Mentor Legend pada kali ini namun ia ternyata tidak mengganggu perjalannya ke peringkat akhir. Malah teguran yang diberikan oleh juri terutamanya Adlin diambil positif.

Suara Boleh Buat Terlena

Mendengarkan lagu lagu nyanyian Aina ternyata boleh membuatkan kami terlena dek kemerduan suaranya. Persembahan Aina ketika separuh akhir tempoh hari boleh dikatakan persembahan terbaik dirinya.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri namun undian kami untuk Aina. Tak suka? Kesah pula.

SKIP THIS AD ×