berita

8 Tahun Terpisah, Gadis Teruja Akhirnya Disatukan Dengan ‘Crush’ Senior Form 5 Masa Sekolah

March 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara soal jodoh. Bagaimanapun, kita sama sekali tidak mengetahui aturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Artikel Berkaitan: ‘Aku Ni Dah 30 Mereput Lagi’ – Viral Gadis Tingkatan 4 Pula Bertunang, Tak Sabar Nak Kahwin

Seperti video trending yang dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Nur Alya di laman TikTok, menceritakan pengalamannya bercinta dan bertunang dengan seniornya sendiri. Bukan itu sahaja, dia sebelum ini sudah lama menyimpan perasaan terhadap tunangnya itu tetapi mereka sebelum ini telah ‘terpisah’ selama 8 tahun. Namun, atas persuratan takdir mereka kembali disatukan.

‘Saya form 1, dia form 5′

Foto: Tangkap layar video

Jelas gadis ini, dia mula mengenali tunangnya ketika dia berusia 13 tahun, dan tunangnya ketika itu berusia 17 tahun, walaupun perbezaan umur sebanyak empat tahun tetapi ia tidak dijadikan penghalang bagi mereka. Pada mulanya, gadis ini sudah akur dan reda jika jodohnya bukan dengan lelaki itu. Namun, selepas berpisah lapan tahun, mereka kembali berjumpa sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.

Time tu Alya baru form 1 dia form 5. First time tengok dia terus doa. Tak dapat dia dapat muka macam dia pun takpa. Then dia habis sekolah. 7 tahun tak pernah nampak bayang dia, sedih juga la. Sampai Alya move on. Alhamdulillah macam mimpi pulak setelah beberapa tahun akhirnya duduk sebelah juga.

Kalau tau dah lama Alya mengorat dia.

Berbicara lebih lanjut, gadis ini kembali berjumpa dengan tunangnya selepas lapan tahun berpisah selepas keluargnya mengambil tunangnya sebagai jurugambar majlis perkahwinan kakaknya.

Okay ni masuk 8 tahun baru nampak bayang dia. Dia photographer kebetulan nak dijadikan cerita kakak Alya ambil dia jadi photographer wedding.

Bermula kejadian itulah mereka berdua berkenalan, sehingga mengambil keputusan untuk bertunang. Bahkan, kedua-dua ahli keluarga mereka turut merestui hubungan yang terjalin ini.

Alhamdulillah semua berjalan lancar, semoga dipermudahkan urusan kamu untuk next.

Crush 9 tahun yang lalu

@nuralyasaadinnnCrush time tngah hingus hingus dulu nie . ##cikmisigigi ##fyp hahahah kalau masuk ##fyp? baru alya cerita sampai hbis ??? Anugerah – Muhammad ?

@nuralyasaadinnnOkay bermulahh part 2 . Heheheh semua okay tak tu ? ##cikmisigigi ##fyp? ##fyp jngan lupa tag ??? original sound – IG: NZADEKKKKKK_

Kalau jodoh tak ke mana

Sumber: Nur Alya

SKIP THIS AD ×