Semalam, melalui laman sosial Instagram milik Jaclyn Victor, penyanyi bersuara lantang ini telah mengumumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Umum Mahu Berkahwin, Terpaksa Simpan Rahsia Demi Hormati Peristiwa #MH370
Kami difahamkan, pelantun lagu Bertamu Dikalbu ini telah membuat keputusan untuk berkahwin sekitar Mac lalu, tetapi hasratnya itu terpaksa dipendam kerana menghormati insiden MH370.
Namun, siapakah gerangan jejaka tersebut, masih lagi menjadi tanda tanya. Menerusi laporan Sinar Harian, Jac berkata semua perkara akan diuruskan Julai nanti selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jac memberitahu dia bakal berkahwin menerusi akaun Instagram miliknya semalam
Ketika itu, saya akan mengumumkan semuanya dan saya berharap agar semua pihak dapat bersabar. Buat masa ini, segala persiapan belum dibuat lagi.
Bagaimanapun,Jac enggan mengulas lanjut mengenai tarikh sebenar hari bahagianya itu bakal berlangsung nanti.
Dalam pada itu, Jac mengakui dia sudah mengenali lelaki pilihannya itu hampir dua tahun lalu dan kini dia sudah bersedia untuk bergelar isteri selain memberitahu jejaka pilihannya itu tua beberapa tahun dari dirinya.
Mengenai perkembangan terbaru, Jac bakal muncul dalam Konsert Stanza Cinta yang akan dipentaskan pada 4 dan 5 April ini, di Panggung Sari, Istana Budaya bersama selebriti lain seperti Noh Hujan, Adira dan Haziq
Apapun, kami doakan agar hubungan yang bakal dibina nanti kekal ke akhir hayat dan semoga kerjaya Jac akan terus berkembang.