Walaupun baru sahaja diperkenalkan September yang lalu , Proton Iriz membuktikan kehebatannya dengan merangkul 2 gelaran di Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2014.
Menampilkan beberapa fungsi moden, disamping dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk pemandu dan penumpang, kereta kompak ini disebut-sebut sebagai pesaing utama Perodua Myvi.
Namun hari ini di laman sosial kecoh dengan penyebaran gambar Iriz yang rosak teruk akibat kemalangan pada kelajuan tinggi. Nak tahu berapa kelajuan kereta tersebut? 150 km/h!
Difahamkan pemandunya mengantuk dan melanggar kereta lain yang berada di hadapan. Apa yang menariknya, pemandu Iriz tersebut hanya mengalami kecederaan kecil dan dengan selamba berjalan keluar daripada keretanya. Ini memang betul-betul cool!
Patutlah Iriz mendapat penarafan 5 bintang ASEAN NCAP malalui ujian di makmal MIROS baru-baru ini. Ini adalah bukti sistem keselamatan Iriz sangat tinggi.
So korang dah berangan-angan nak beli Iriz tak? Nak kami list kan senarai showroom Proton?
Kredit Foto : Funtasticko.net