Minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada malam jumaat lalu kembali dengan tema ‘artis jemputan’. Rata-rata kumpulan bertanding berjaya memikat hati para juri hasil persembahan yang cukup menghiburkan bersama dengan artis jemputan yang dipilih.
Namun apa yang lebih menarik perhatian penonton ialah kehadiran Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai Ogy yang dikatakan terlalu over sehingga menjejaskan persembahan kumpulan Jalor. Betul ke tidak?
Dah Kena Sindir Pun Main Langgar Je
Ogy yang membawakan watak dari filem lakonannya, Azura dilihat gagal memberikan mutu persembahan yang diharapkan kerana lebih menonjol berbanding peserta utama. Menonjol yang dimaksudkan bukan sebab persembahan Ogy lebih bagus daripada Jalor tetapi macam dia pula yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega.
Kalau korang perasan semasa membuat persembahan, Rahim dan Joey sempat beberapa kali memberikan teguran dan peringatan kepada Ogy agar fokus kepada karakter yang ingin dilakonkan iaitu Azura, bukannya menjadi diri sendiri. Tapi malangnya Ogy macam endah tak endah je dengan teguran tersebut.
Jalor Salah Pilih Artis Undangan
Datuk Jalaluddin Hassan ketika memberikan komennya mengatakan persembahan Jalor agak bercelaru namun pujian demi pujian diberikan kepada Ogy, ambil hati mungkin? Hasilnya kumpulan Jalor hanya berjaya mendapat 3 bintang pada minggu ini.
Peminat yang menyaksikan Maharaja Lawak Mega turut menyuarakan pendapat yang sama dan beranggapan kumpulan Jalor tersalah memilih artis undangan.
Zero & Shiro Ungguli Kedudukan Undian
Disebalik persembahan hambar yang ditampilkan oleh kumpulan Jalor, beberapa kumpulan lain seperti Zero dan Shiro berjaya menambat hati juri dan terus bersaing untuk merebut kedudukan teratas kedudukan undian.
Kumpulan Virus yang disebut-sebut sebagai kumpulan yang bakal menonjol pada Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini tersenarai di kedudukan tiga kumpulan terbawah namun nasib masih menyebelahi mereka kerana tiada penyingkiran.