Sekitar Awal Mac yang lalu pelakon Putri Mardiana ditangkap khalwat buat kali kedua bersama kekasihnya Shahrizam atau dikenali sebagai E-jump. Putri Mardiana bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri sejurus ditangkap.
Artikel Berkaitan: Putri Mardiana & Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua!
Namun menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, Putri Mardiana mendakwa dirinya sekali lagi diperangkap oleh bekas isteri E-jump. Bekas isteri? Bukan belum cerai ke? Isteri E-jump, Nor Hasni bagaimanapun tampil dengan penjelasannya tersendiri bagi menjawab semua dakwaan tersebut.
Mereka tak malu tinggal bersama
Menjawab satu persatu dakwaan Putri Mardiana, Nor Hasni mempertikai tindakan pelakon tersebut yang bermalam di rumahnya, berdua-duaan dan berada di atas katilnya ketika tangkapan. Perangkap kah?
Ejump bawa balik perempuan lain selain Putri Mardiana
Menerusi laporan Utusan, Putri Mardiana mendakwa segala perbelanjaan dan pembayaran berkaitan rumah tersebut adalah dibiaya oleh Ejump.
Namun menurut Nor Hasni, dirinya lebih tahu mengenai perkara tersebut dan mendakwa Ejump pernah beberapa kali membawa pulang perempuan lain ke rumah tersebut. Panas!
Mengaku buat aduan kali ke-2
Bernikah jela
Difahamkan sehingga kini kes perceraian diantara Nor Hasni dan E-jump masih lagi menemui jalan penyelesaian ekoran keengganan E-jump untuk melafazkan cerai.