Jika sebelum ini Wak Doyok pernah dikritik hebat oleh netizen gara-gara komen ‘merecik’, kali ini dia dituduh sebagai seorang gay pula! Wak Doyok bagaimanapun telah tampil menafikan dakwaan tersebut tempoh hari.
Artikel Berkaitan : Komen 18SX Di Instagram Kilafairy, Wak Doyok Dikecam Gila Seks
Namun semalam kami menerima beberapa keping foto kiriman e-mel daripada peminat yang nyata terkejut dengan dakwaan seorang lelaki yang mengakui tahu akan semua perilaku Wak Doyok. Siapa lelaki ini?
Siapa Lelaki Ini?
Pengakuan lelaki terbabit tentang perilaku Wak Doyok sehingga kini telah mendapat lebih 100 retweet oleh pengguna Twitter.
Tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar lelaki terbabit mengeluarkan dakwaan seperti itu namun ianya amat merbahaya memandangkan ia melibatkan reputasi Wak Doyok sebagai salah seorang ikon fesyen negara.
Kata orang, setakat cakap kosong tanpa bukti, semua orang boleh. Tak gitu? Ke frust dengan Wak?