Kebelakangan ini banyak betul kes cabul kanak-kanak seperti mana yang dilaporkan oleh media. Realitinya kanak-kanak perempuan cukup terdedah dengan perkara ini jika tiada pemantauan yang serius oleh ibu bapa dan masyarakat.
Peka dengan isu semasa, Wardina Safiyyah tampil mengajak orang ramai untuk sama-sama membanteras perkara ini.
Malah Wardina sempat berkongsi beberapa kes cabul melibatkan guru yang dikirim pengikutnya. Rasa geram je bila baca perkongsian Wardina, iyalah guru kot!
Dirogol sepupu seorang guru & guru cabul anak murid
Perkongsian daripada Wardina ini telah mendapat lebih daripada 70 shares netizen yang turut melahirkan rasa geram terhadap apa yang berlaku.
Iyalah guru kot, orang yang diberi keyakinan untuk mendidik anak kita agar jadi insan berguna. Tapi lain pula jadinya.
Pelajar Patut Dilindungi & Dididik
Perkongsian Wardina turut mendapat perhatian orang ramai terutama mereka yang bergelar guru.
Apa-apa pun bukan semua guru bersikap sedemikian namun disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Harap pihak sekolah terbabit ambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru yang terlibat.
Fight #Childsexualabuse