Baru-baru ini tersebar beberapa screenshot mesej perbualan Whatsapp penyanyi Aishah yang secara terang terangan mengkritik kepimpinan PAS.
Kritikan Aishah tersebut bagaimanapun dikecam hebat oleh ahli PAS yang lain malah mendesak parti memecat Aishah.
Rela Kena Pecat
Peka dengan perkara tersebut, Aishah berkata dirinya sedia dipecat daripada Pas kerana teguran itu adalah perasaan ikhlasnya terhadap pergolakan yang sedang berlaku dalam pas.
Memang itu perasaan I yg ikhlas tentang pergolakan PAS sekarang, tapi ianya dibuat dlm group whatsapo yg sepatutnya tertutup.
So, kalau rasa nak kecam, kecamlah, nak pecat sama sekali pun terpulanglah.
Tak Sepatut Sebar
Tambah Aishah lagi, luahan tidak puas hati terhadap kepemimpinan Pas itu merupakan perbualan dalam kumpulan WhatsApp dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
Untuk pengetahuan semua, kenyataan yg tertera di bawah bukanlah sebahagian dari ucapan I di mana2…ianya ialah sebahagian dari ‘perbualan’ I dlm group whatsapp yg telah diviralkan.