berita

Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Cuti Mahu Hantar Ibu Tunai Haji, Lelaki Ini Nekad Bekerja Sendiri

July 11th, 2015 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2015-07-11 at 12.45.05 PM

Kami sebenarnya gembira bila melihat orang ramai mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan tak kurang juga ada yag sudah bergelar status jutawan.

Ditambah pula cerita-cerita yang memberi inspirasi di laman sosial, masing-masing mula menanam azam untuk berniaga. Iyalah sampai bila mahu makan gaji kan?

Kisah lelaki ini yang nekad memulakan perniagaan setelah terpaksa ‘mengemis’ untuk mohon cuti bagi menghantar ibunya menunaikan haji menarik perhatian kami.

Peristiwa yang membuka mata

makk

Menurut lelaki ini, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mula berniaga setelah permohonannya untuk meminta cuti dihalang majikan.

Antara hari yang buat saya sedar ialah hari ketika mak nak buat haji.

Saya minta cuti dengan boss, sebab nak hantar mak ke Airport. Dia boleh-boleh macam ralat nak bagi. Alasan dia mudah, saya belum tetap. Tak layak dapat cuti lagi.

Ketika itu, saya rasa seperti terpaksa mengemis untuk cuti. Dan peristiwa itu betul-betul buka mata saya.

Abah saya pergi tanpa saya sedia

abahh

Jelas lelaki ini, duit bukan sebab utama dirinya memulakan perniagaan sendiri tapi mahu meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Orang tanya saya, kenapa nak kerja sendiri. Semua orang kata sebab duit. Tidak sama sekali. Alasan yang paling tepat ialah saya ingin luangkan masa dengan orang yang saya sayang. Itu alasan utama saya.

Impian saya, saya mahu kerja untuk hidup. Bukan hidup untuk kerja. Abah saya pergi tanpa saya sedia. Itu juga buat saya sedar, kau terlampau sibuk dengan dunia, pangkat, hingga kau lupa kau hidup untuk apa. Kau lupa nak rasa manisnya hidup kau.

Soal rezeki itu, saya serah sebetulnya pada Allah. Saya percaya kalau niat baik, kita usaha, kita percaya Allah, Allah akan berikan hingga tak cukup tangan.

Rezeki itu Allah yang beri.
Jangan lupa, jangan takut.

Tak apa lah rezeki masing-masing kan, ada yang rezekinya makan gaji dan ada yang berniaga. Cuma kadang-kadang kita kena fikir, sebanyak mana masa yang kita dah luangkan dengan keluarga.

Sumber : Facebook Faiz Ibrahim

SKIP THIS AD ×