Niat seorang ibu berkongsi perkembangan anaknya yang sedang sakit di media sosial bertukar duka apabila mendapat respon yang cukup tidak disangka dari seorang pengikutnya.
Iyalah si ibu tengah bersedih sebab anak sedang sakit dan disahkan terdapat kuman di paru-paru, ada pula yang komen seolah-oleh mempersenda kesakitan yang dihadapi. Memang tak patut!
“Memang takkan sembuh”
Tidak dapat dipastikan apa sebabnya wanita ini meninggalkan komen sedemikian namun tindakan kurang beradab tersebut dikritik orang ramai.
Tidak mahu mengalah, wanita terbabit berbalas komen dengan pengguna Facebook yang lain yang menegur agar lebih berhati-hati dalam memberi komen. Siapa yang tak bengang kan?
Sedar dirinya diasak bertubi-tubi oleh orang ramai, dia akhirnya memohon maaf.
Lepas kutuk nak report polis
“Saya maafkan kamu”
Kerana mulut badan binasa. Kena berhati-hati lah dalam memberi komen, takut mengguris perasaan orang lain. Lebih-lebih lagi ia melibatkan masalah kesihatan yang tak pernah kita duga.
Sumber : Puan Nee