Kemajuan teknologi yang ada pada hari ini nampaknya telah disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Terbaru, akaun Instagram milik Wawa Zainal yang mempunyai lebih setuja pengikut digodam.
Senang-senang je dia ambil akaun Instagram orang ye? Lelaki ini berkongsi bagaimana Wawa Zainal kehilangan akaunnya setelah menerima satu email ini. Bahaya betul!
Kena hacked
Terdahulu suami kepada Wawa Zainal, Aeril Zafril memaklumkan di Instagram miliknya mengenai hal ini. Beberapa bulan yang lalu, akaun Instagram miliknya turut digodam.
Terima satu email minta verrified account
Namun menurut perkongsian lelaki ini, Wawa Zainal kehilangan akaunnya setelah click link yang diterima menerusi satu email.
Link terbabit meminta Wawa Zainal verrified akaunnya memandangkan dia seorang selebriti dan mempunyai lebih sejuta pengikut. Lepas click je akaun terus hilang dah bertukar nama!
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan email tersebut kerana ianya bukan dari pihak Instagram sendiri. Ia lebih kepada satu taktik untuk menggodam akaun yang mempunyai ramai pengikut.
Kebiasaannya hacker ini akan jual akaun tersebut dengan harga yang tinggi tapi ada juga yang pakai sendiri.
Nama telah ditukar
Hacker dari luar negara?
Sumber : Aeril Zafrel, Andy Sahlam, Nisa Kay